Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kembara

Tolong Ye Jangan Lakukan Perkara Ini Bila Naik Kapal Terbang!

by Lisa AG
December 19, 2019
113
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penerbangan tangguh, kabin sesak dengan penumpang, melancong boleh mendatangkan tekanan bukan sahaja pada kita bahkan si krew kabin sekali.

Walaupun mereka langsung tidak menunjukkan tanda amarah atau  muka ‘ketat’ tapi mereka juga manusia biasa yang tak lari daripada tekanan kerja. Apabila berurusan dengan berpuluh-puluh atau bahkan beratus-ratus penumpang setiap hari, mereka terpaksa berdepan dengan tingkah-laku penumpang dari yang kasar, troublemaker sehingga yang baik hati. Bayangkan mereka hadapinya setiap hari.. mesti ada sedikit rasa muak, menyampah, geram, penat.

Nak tahu perkara apa yang boleh bikin si krew kabin marah, ini dia… tolong selepas ini jangan lakukannya.

Mengabaikan mereka bila mereka menyambut kamu

Orang kata bila buat baik, balasnya dengan perbuatan yang baik. Kalau orang senyum, kita hulurkan senyuman juga. Barulah hidup rasa bahagia dan terhibur.

Foto – One Mile at a Time

Jika mereka menyambut kamu, berilah respon sebaik mungkin. Jangan biarkan mereka terkontang-kanting tanpa sebarang balasan atau pura-pura tidak nampak atau memandang biadap – kerana perbuatan itu menyebabkan si krew kabin rasa seperti tidak dihargai.

Tidak menghiraukan keselamatan

Ini sangat basic tapi masih ramai yang tidak mengendahnya. Seorang krew memberitahu pada Insider, ini adalah perkara biasa, merbahaya dan mengecewakan yang dia alami setiap hari.

“Kami membuat banyak pengumuman tentang aspek keselamatan yang mesti dipatuhi (tempat duduk tegak, meja dulang dikembalikan, gajet disimpan, tali pinggang dipasang), jadi pada masa ingin berlepas, perkara itu sepatutnya sudah dilakukan penumpang,” jelasnya.

Bersidai dan berlegar di ruang kerja mereka

Walaupun kamu mahu bergerak semasa penerbangan, berkerumun di galley adalah satu mimpi ngeri buat krew kabin. Bayangkan jika kamu berlegar-legar ke depan dan belakang, sibuk bersidai sambil bergosip di kawasan mereka, pasti tidak disukainya malah membataskan pergerakan dan kerja mereka.

Foto – Pinterest

“Jika kamu mahu bergerak dan berjalan semasa penerbangan, jangan gunakan ruang kerja kami sebagai zon riadah kamu,” terang krew kabin.

IKLAN

Anggap kapal terbang seperti pasaraya

Ingatlah setiap penerbangan menawarkan pilihan makanan dan minuman yang terhad, dan jika kamu mempunyai pantang larang pemakanan, uruskan terlebih dahulu sebelum terbang. Beritahu masalah kamu ketika pre-booked agar tidak menyusahkan mereka kemudian.

“Kami tidak mempunyai apa yang kamu mahukan. Tolong jangan tanya jika kami mempunyai susu, adakah sayur itu segar, atau makanan yang memang kami tidak ada. Kalau rasa musykil, bawa bekalan makanan sendiri. Pastikan yang dibenarkan sahaja ye!

Foto – Flickr

Baca : Senarai Bekal Makanan Yang Boleh Dibawa Masuk Kapal Terbang

Yang mulut celupar

Apa yang terjadi ketika di atas adalah di luar bidang kuasa setiap petugas kabin. Jika delay atau mengalami turbulence itu memang tidak boleh krew kabin jangkakan. Penulis pernah mengalami pengalaman sebegini di mana ada penumpang yang ‘menyumpah’ setiap kali turbulence berlaku, malah paling teruk mempersoalkan kredibiliti pilot tersebut.

“Industri penerbangan tidak dapat dijangka, adakalanya delay, terpaksa membatalkan penerbangan, kami kadangkala tidak mempunyai apa-apa yang diperlukan di atas kapal untuk melayani anda.”

Baca: Jangan Sebut 5 Perkara Ini Bila Naik Kapal Terbang!

Foto – Showbiz

Jadi, jaga pertuturan bila berlaku sesuatu perkara dan janganlah bagi haru kerana benda sebegitu hanya akan membuatkan keadaan bertambah renggang.

RUJUKAN

Tags: flight attendantjangan buat dalam kapal terbangkapal terbangkrew kabinmakanan kapal terbangpekerja kapal terbangPramugarapramugari
Share45SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!
Kembara

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

December 29, 2021
Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan
Kembara

Staycation Tema Barbie Di Grand Hyatt KL, Ini Harga Bilik Kalau Nak Buat Tempahan

December 14, 2021
Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung
Kembara

Tenang & Diam, Kafe Green Lab Sesuai Untuk Orang Yang Suka Termenung

December 10, 2021
Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit
Kembara

Menarik Betul! Pergi Kundasang Saja, Kamu Boleh Feeling Seperti Tinggal Dalam Rumah Hobbit

December 1, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.