Artikel kali ini mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu pada para traveler yang sedang mengikat bajet.
Lebih lagi kepada mereka yang menaiki penerbangan kos tambang murah umumnya tiada servis makanan kecuali anda menempah awal atau sanggup menghabiskan lebih RM8 untuk secawan mee segera!
Ramai yang tahu kita tidak boleh membawa sebarang bahan cecair lebih dari 100ml kedalam penerbangan tapi rupanya kita masih dibenarkan membawa makanan sendiri.
Sebelum anda berasa teruja, diingatkan tidak semua makanan boleh dibawa naik ke kabin. Jadi mari kita semak dahulu makanan apa yang dibenarkan.
#1 Buah potong
Buah-buahan segar atau kering yang telah dipotong dan disimpan dalam bekas makanan dibenarkan. Namun apa yang terlarang ialah buah yang mempunyai bau kuat seperti durian.
#2 Roti
Apa jua makanan yang berasaskan roti anda boleh bawa seperti sandwich, pizza, roti bakar, roti canai tapi dengan syarat ia disimpan dalam bekas kedap udara. Paling senang anda bawa sahaja roti Gardenia!
#3 Makanan bayi
Ya, jangan risau makanan anak anda boleh dibawa masuk. Sepertinya tepung susu formula dan biskut. Bagi makanan cecair seperti puri haruslah tidak lebih dari 100ml.
#4 Uncang kopi, teh
Anda boleh bawa minuman anda sering tapi dalam bentuk kering seperti uncang teh atau kopi. Nanti dalam penerbangan anda boleh minta air panas secara percuma dari pramugari. Jimat!
#5 Snek
Apa jua snek ringan dibenarkan seperti bijirin, makanan ringan, coklat, keju begitu juga sos makanan dengan kuantiti yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun, jika pemeriksaan kastam tidak membenarkan atau menyuruh untuk anda tinggalkan bekal makanan anda patuh sahaja arahan mereka ya. Ini mungkin ada sesetengah kastam di negara lain berbeza peraturan dan cara pengendalian.