Seperti yang kita lihat di kebanyakan spa kecantikan mewah, batu-batuan seperti batu sungai dan kristal umpamanya sering dikaitkan dengan kuasa memulih di mana, ia digunakan sebagai alatan yang katanya berhasil untuk menyalur manfaat buat kesihatan dan kejelitaan si pengguna.
Untuk pengetahuan semua, orang zaman purba sering menggunakan batu kristal untuk memulihkan penampilan fizikal wajah secara semula jadi bahkan, bisa memberi efek tenaga yang ajaib.
Sehubungan itu, terkini, batu jed kembali mendapat tempat dihati para peminatnya namun bukan sebagai aksesori tetapi sebagai alatan kecantikan.
Dipercayai Dapat Memulih, Melindung & Galak Keterampilan Kulit
Batu kristal yang dipanggil jed ini dahulunya sangat popular dalam kalangan golongan bagsawan di China. Menurut kepercayaan masyarakat abad ke-7 di negara tembok besar itu, batu jed dipercayai memiliki aura yang mampu memulih serta menggalakkan kesihatan tekstur kulit jika digunakan dengan cara yang betul.
Seiring dengan zaman yang sudah moden, batu jed yang digilai itu kini sudah dihasilkan dalam bentuk kayu penggilas mudah guna.
Tertakluk kepada cara penggunaan yang ingin dipraktikan jade roller ini ditawarkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Cara Penggunaan
Anda sebenarnya hanya perlu menggolek penggilas batu itu di permukaan kulit dengan lembut selama dua minit untuk melihat hasil yang nyata!
Boleh golekkan jade roller di sekitar dahi, mata, hidung, pipi, rahang dan dagu. Golekkan pada pergerakkan satu arah dan jangan lupakan kawasan kulit sekitar leher juga tau! Sebelum menggolek, pastikan krim pelembap atau serum sudah pun disapu nipis pasa permukaan kulit dan ini akan mempercepatkan proses keberkesanan produk.
Manfaat Jade Roller
Maklum sahajalah, mengurut kawasan wajah dengan jari kadang-kala boleh mempercepatkan penuaan kerana tekanan jari biasanya kasar dan pergerakkan menarik-narik kulit pada arah yang pelbagai akan menggalakkan kedutan. Justeru, gunakan jade roller ini dan antara manfaatnya adalah:-
- Menyejukkan kulit
- Nyah kekusaman kulit
- Menghilangkan kesembapan dan bengkak pada kawasan sekitar mata
- Merelakskan otot-otot pada wajah
- Bantu kulit serap produk dengan lebih cepat dan efektif
- Baiki keanjalan kulit
- Menggalakkan penghasilan kolagen dan sel baru kulit
Manfaatkan setiap kali sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Harap-harap kulit anda semakin cantik nanti. Selamat beramal! ❤
BACA: Ini Rupanya! Petua Rahsia Kulit Cantik Dan Bersih Orang Cina