Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ini Rupanya! Petua Rahsia Kulit Cantik Dan Bersih Orang Cina

by Izzah Azizah
January 12, 2017
Supermodel Liu Wen. Foto - Google

Supermodel Liu Wen. Foto - Google

7.3k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sehingga kini masih ramai lagi diantara kita tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan yang dipegang oleh masyarakat Cina. Lihat sahajalah pada kulit wajah mereka, lembut, mulus dan bersih. Biarpun ditelan usia atau dipanggang panas oleh matahari, kulit mereka tetap nampak berseri dan paling penulis suka ialah mereka tidak perlu tacap wajah mereka dengan solekan tebal.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua bakal menyambut Tahun Baru Cina 2017 ini, jadi penulis berpakat untuk mendedahkan rahsia kecantikan orang cina untuk pembaca sekalian. Persiapakan wajah anda dengan petua-petua dibawah, biar perayaan tahun baru ini anda tampil dengan wajah berseri! 

#1 Mask Kacang Hijau 

Foto - iStock
Foto – iStock

Biasa dengar kacang hijau atau bubur kacang hijau kan? Nah, kali ini anda boleh gunakan kacang hijau(ditumbuk) atau jenis serbuk untuk dijadikan mask. Petua ini diamalkan sejak zaman kegemilangan maharaja besar cina, ia amat bagus dalam merawat jerawat. Anda hanya perlu campurkan serbuk kacang hijau bersama air atau yogurt Greek dan jadikan ia sebagai mask. 

#2 Teh Hijau Untuk Kekal Muda

Foto - Medical News Today
Foto – Medical News Today

Minuman teh sudah menjadi sinonim dengan masyarakat cina. Menariknya amalan ini membantu mereka untuk tampil awet muda. Air teh hijau sudah menjadi minuman trend zaman kini, dimana-mana ada sahaja sajian teh hijau. Tapi biarlah anda mendapatkan manfaat teh hijau dari yang original. Teh hijau dipercayai mengandungi anti-oksidan tinggi dan meningkatkan daya metabolism badan. 

#3 Urutan batu Jade 

Foto - Livingly
Foto – Livingly

Ini kedengaran asing bukan? Tapi percayalah, urutan dari batu jade merupakan legasi kecantikan sejak zaman purba mereka. Urutan ia membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan garisan halus dan merawat cela wajah. Selesai rutin membersih kulit, urut wajah dengan roller batu jade dengan krim pelembab atau serum. Urut wajah keatas dan keluar, alamilah perbezaannya! 

BACA:  Guna OLAY Dah Boleh Miliki Muka Usia 20an, Seriuslah?

#4 Mask Kunyit 

Foto - www.myhealthylivingcoach.com
Foto – www.myhealthylivingcoach.com

Ingin menyerlah tona kulit anda supaya tampak berseri? Sediakan mask dari serbuk kunyit, mudah sahaja campurkan serbuk kunyit bersama air atau yogurt dan sedikit madu, seterusnya sapukan pada wajah tunggu sehingga 10-15 minit. Amalan memakai mask kunyit mampu mengurang kedutan dan menyerlah tona kulit. 

#5 Kulit cerah dengan daun pudina 

Foto - Food
Foto – Food

Ini adalah rahsia petua yang paling ditunggu-tunggu ramai. Inginkan kulit cerah semulus kapas, dapatkan daun pudina kemudian lumatkan ia dan tepek pada kulit wajah anda. Cara semulajadi ini, sangat bagus dalam merawat cela dan juga memberi kecerahan pada kulit. Tak percaya? Sila cuba dulu.. 

#6 Pantang – larang moden 

Foto - Women's Health
Foto – Women’s Health

Jika diatas ialah petua-petua dari zaman silam, tapi tidak lupa mereka juga mempunyai petua kecantikan untuk produk kecantikan zaman moden. Apa yang mereka selalu ingatkan ialah, jangan sesekali mencampur aduk kegunaan produk. Sebagai contoh, jika ianya losyen badan hanya guna pada badan begitu juga pada produk yang lain. 

Rujukan 1 & 2 

FILED UNDER Amalan Penjagaan Wajahcara dapat kulit bersihIdentiti Masyarakat Cina Di MalaysiaIni Rupanya! Petua Rahsia Kulit Cantik Dan Bersih Orang Cinakecantikanpetua kecantikanTahun Baru Cina 2017tips cantiktips kecantikantips kulit bersih
Share2921SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.