Senyuman adalah elemen paling penting untuk diambil kira ketika bergambar betul tak?
Senyuman yang manis sememangnya mampu menjadi penawar kepada kedukaan hati sekaligus memancarkan aura bahagia buat orang yang melihat atau menerimanya.
BACA: 9 Cara “Posing” Untuk Gadis-Gadis Chubby Agar Nampak Kurus Dalam Foto!
Minggu sudah, penulis ada berkongsi ilmu bagaimana mahu membetulkan posisi badan bagi gadis atau wanita yang berisi agar kelihatan tertib dan cantik di dalam foto. Tetapi, untuk minggu ini pula jom penulis kongsikan panduan mengukir senyuman terindah yang paling cocok dengan karakter diri kamu!
Kalau nak nampak cantik dalam gambar, nah ini tipnya…
#1 Senyum Sambil Menjeling
Seperti mendiang Puteri Diana, beliau adalah insan yang pemalu dan sering menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu untuk menangkap perasaan orang supaya jatuh cinta dengan anda, gunakan taktik senyuman ini kerana ia bersifat manja berbanding senyuman biasa.
Tundukan sedikit kepala sambil ukir senyuman kecil manakala mata pula melirik ke arah orang yang melihat dna mememrhatikan kamu.
#2 Elak Senyum Dengan Mengetap Bibir
Senyuman jenis ini biasanya akan dilemparkan kepada orang yang kita baru berjumpa dan adakalanya didorong oleh perasaan malu, takut, cemas, marah atau dijadikan sebagai tanda sindiran.
Senang kata, senyuman yang dilakukan dengan perbuatan mengetap bibir ini adalah tidak ikhlas seolah terpaksa.
#3 Senyum ‘Terkejut’
Senyuman cara ini mungkin agak sukar dilakukan oleh kebanyakan orang kerana tidak semua memiliki susunan gigi yang cantik. Akan tetapi jika seseorang itu berlatih, senyuman ini bisa menggambarkan kecerian yang tulus.
Senyum sambil mulut ternganga umpama ketawa adalah teknik paling mudah untuk kita sebarkan aura kebahagiaan diri. Barulah nampak ikhlas!
#4 “Smizing”
“Smizing” adalah istilah yang dicipta oleh Tyra Banks membawa maksud senyum menggunakan mata (smiling with eyes).
Taktik ini boleh digunakan jika anda mahu mengambil foto ala model iaitu dengan merelakskan muka, kecilkan sedikit mata sambil ‘gelak dalam hati’. Hasilnya, anda kelihatan seksi!
#5 Senyuman Sinis Terbit Karakter Misteri
Ada orang tetap akan kelihatan cantik meskipun senyuman yang diberikannya ‘tawar’. Seperti It-Girl dari Itali ini, Chiara Ferragni sering dilihat meleparkan senyuman sinis menerusi foto-fotonya yang dimuat naik ke Instagram. Jika kena pada cara, memang nampak menggoda.
BACA: Kenali Siapa Wanita Itali Paling Cantik Ini
Amaran, senyuman ini bukanlah untuk diberi kepada orang tetapi hanya sesuai untuk dimanfaatkan dalam foto rakaman peribadi. Caranya… senyum kecil (pastikan hujung bibir di kedua-dua belah meregang sedikit) sambil pandang tepat ke arah lensa kamera.
Fakta Tentang Senyuman
Lelaki Teruja Dengan Wanita Yang Senyum Sambil Ketawa
- Oleh itu, jika anda mahu menarik perhatian lelaki, senyum dan ketawalah sebagai interaksi respon terhadap lawak yang dilakukannya.
- Ha, jika lawak mereka hambar pun anda boleh buat-buat senyum dan ketawa… kalau betullah jika anda sukakan seseorang lelaki tu. Mereka pasti terpikat!
Senyuman Mampu Buat Diri Kelihatan Lebih Baik
- Jika diri sejahat mana sekalipun tetapi jika anda mengukir senyuman manis, sudah tentu diri anda akan kelihatan seperti bidadari. Orang akan memberi respon positif terhadap anda secara tidak langsung.
- Oleh itu, kunci yang paling utama untuk menyembunyikan kejahatan serta kesedihan diri adalah dengan memberi senyuman palinng ikhlas terhadap lawan. ***Bukan senyum sinis okay!
Selamat beramal! ❤️