Sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, kita sering kali cerewet tentang penampilan diri lebih-lebih lagi wanita kerana kita sentiasa mahu kelihatan sempurna di mata orang.
Seiring dengan perkembangan dunia moden, hampir setiap perkara yang dilakukan saban hari mahu dikongsikan bersama teman dan para pengikut media sosial. Itu adalah norma masyarakat hari ini betul tak?
Nah, sejak dari itu masalah lain pula yang timbul apabila rata-rata daripada kita tidak berkeyakinan untuk bergaya di hadapan kamera. Maklumlah, badan gempal dan tak pernah belajar pun cara-cara untuk ligat seperti supermodel.
Tak apa, mari penulis ajarkan teknik posing terbaik macam mana korang boleh bergaya sakan di hadapan kamera biarpun berbadan curvy!
#1 Jangan Kepit Peha
Jika mengambil gambar penuh, pastikan kaki dikangkang sedikit bagi mewujudkan ilusi jarak antara satu peha dengan peha yang satu lagi. Dalam masa yang sama, tonggekkan punggung supaya lemak pinggul bahagian tepi boleh dikawal dan nampak sedikit tirus.
#2 Tinggikan Kedudukan Dagu
Chin up and smile guys! Kalau dah tahu ada dagu berlapis tu, bila mahu bergambar… sila tegakkan kedudukan kepala supaya lapisan dagu yang “comel” tu tak kelihatan jelas okay? Bagi sesiapa yang bertudung tu mungkin selamatlah sikit.
#3 Duduk Dalam Posisi Tegak
Untuk mengelak perut kelihatan berlapis, sila duduk dengan tegak. Nasihat ini khas buat pengantin yang gambarnya sering dirakam kala duduk di pelamin!
#4 Silangkan Kaki
Untuk menampakkan kaki lebih runcing dan panjang, boleh berpaling sedikit menampakkan sisi badan sambil menyilangkan kaki. Jangan lupa, tonggekkan bahagian pinggul ke tepi agar garisan pinggang lebih jelas.
#5 Bengkokan Tangan
Penting untuk anda bergambar sambil tangan berada pada posisi ini supaya lengan tidak kelihatan gemuk.
#6 Silang Kaki Arah Sisi
Nak kelihatan lebih langsing? Bergambarlah dari sisi supaya kamera boleh fokus pada garisan badan yang lebih tinggi apabila anda berpaling sebegitu rupa. Dalam masa yang sama jengkek sedikit kaki bahagian luar agar pinggul kelihatan sambil tangan dibengkokan memegang sisi pinggul.
#7 Posing Membelakang
Apabila bahagian hadapan membuatkan anda kelihatan boroi, boleh cuba bergambar dalam posisi membelakangkan kamera. Cara ini boleh menyerlahkan lagi sisi “punggung” seksi yang ada pada anda! #SexyBack
#8 Duduk Mengiring
Duduk saja buat gambar kelihatan bosan, mungkin anda boleh cuba mengiringkan badan sikit dan pastikan pinggul ditolak ke belakang untuk duduk dengan tegak. Posisi ini juga mampu mengurangkan buku lemak yang kelihatan pada bahagian perut.
#9 Kenal Pasti Sisi Paling Sempurna, Kiri Atau Kanan?
Setiap orang ada sisi wajah yang sempurna. Cuba lihat di cermin, sisi kiri atau kanan yang nampak lebih elok. Jika bergambar, manfaatkan sisi sempurna anda… senyum dan sengetkan sedikit kepala untuk menghasilkan foto yang lebih menarik.
Selamat beramal! ❤️
RUJUKAN