Muat naik foto peribadi ke Instagram adalah suatu kemestian bagi individu moden masa kini. Ada kalanya, Instagram dijadikan tempat untuk berkongsi hobi, minat, kreativiti serta kecenderungan seseorang individu terhadap fesyen, mekap, fotografi, tempat pelacongan makanan, binatang dan sebagainya.
Janganlah anda tidak mengaku pula, beberapa jam milik anda dalam sehari akan digunakan untuk melihat dan mengintai-ngintai gambar di Instagram milik orang lain kan? Penulis dah agak! Oleh itu, di sini Wanista senaraikan 10 akaun Instagram berpengaruh yang harus anda ikuti di laman sosial Instagram! Jom!
#1 Murad Osmann <– Klik jika berminat
Lelaki berbakat ini merupakan Penerbit Eksekutif untuk Hypepro.tv. Selain berkerjaya, dia juga gemar melancong, melakukan aktiviti fotografi unik yang turut disertai teman wanitanya sebagai subjek sambil berlatarkan pemandangan indah di seluruh dunia! Anda pasti teruja saat melihat foto-foto miliknya. Dalam setiap gambar, dia akan merakam teman wanitanya dari belakang sambil tangannya memegang tangan milik teman wanitanya.
Jika anda obses dengan bidang fotografi, anda mungkin boleh mencuri inspirasi darinya. Hasil karyanya telah mendapat pujian dari ramai orang! Nampak “sweet” kerana menggunakan teman wanitanya sebagai subjek dan dalam masa yang sama sangat berseni!
#2 Selena Gomez <– Klik jika berminat
Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Vanity Fair bulan Mac lalu, selebriti terkemuka yang merupakan mantan teman wanita kepada penyanyi pop kacak Justin Bieber adalah individu yang memiliki pengikut paling ramai di Instagram iaitu seramai 69.7 Juta pengikut yang kini telah meningkat seramai 96.3 Juta orang! Wow!
Selain gaya berfesyennya yang menjadi kegilaan ramai anak muda, rupa parasnya yang comel turut menjadi faktor penyumbang mengapa dia diikuti ramai. Oh! Mungkin juga kerana gosip-gosip liar KLIK UNTUK BACA ARTIKEL: JUSTIN BIEBER PADAM INSTAGRAM LEPAS ‘BERCAKAR’ DENGAN SELENA KERANA TEMAN WANITA BARU yang sering menerkam dirinya. Untunglah… Itulah yang dinamakan publisiti dalam industri hiburan, lebih banyak gosip, lebih terkenallah artis itu.
#3 Lizzie Velasquez <– Klik jika berminat
Mungkin ramai yang tidak mengenali wanita muda ini. Lizzie telah membuktikan bahawa rupa paras bukanlah tiket untuk mendapat perhatian umum, dihormati dan disegani semata-mata. Meskipun dirinya serba kekurangan, Lizzie berupaya untuk membina kehidupannya sendiri tanpa menghiraukan cacian serta hinaan orang terhadap kekurangan dirinya.
Ceritanya telah banyak memberi inspirasi kepada orang lain untuk bangkit dari kekurangan diri sekaligus membuktikan bahawa dia juga mampun menjadi normal seperti orang lain seusianya. Lizzie berusia 27 tahun, menghidap sejenis penyakit kongenital ganjil di mana bandannya terlalu kurus dan sukar untuk mendapatkan tubuh ideal. Kini dia adalah seorang penulis dan pakar motivasi.
#4 Ida Skivenes <– Klik jika berminat
Ida merupakan seorang artis dari Norway yang gemar bereksperimentasi dan berkarya menggunakan pelbagai sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta seleksi sos berperisa.
Jika anda mempunyai masalah untuk memujuk anak anda makan, mungkin anda boleh ambil inspirasi dari penyediaan hidangan menyeronokkan dari akaun Instagramnya, Pasti waktu makan si cilik anda lebih menyeronokkan! Biasalah, kanak-kanak kan gemar akan sesuatu yang fancy dan berwarna-warni!
#5 Diana Rikasari <– Klik jika berminat
Bermula sebagai blogger fesyen, wanita dari Indonesia ini menjadi terkenal kerana personalitinya yang unik, meminati gaya aneh dan hidupan fantasi seperti “unicorn”. Kalau anda nak tahu, dia inilah penulis buku popular #88 LOVE LIFE!
Jika anda gemarkan fesyen pelik serta nuansa warni-warni yang meriah, anda bolehlah meneroka kehidupan Diana Rikasari melalui laman Instagramnya. Tidak lupa, dia baru sahaja membangunkan jenama koleksi pakaian rekaannya Schmiley Mo di acara pertunjukkan fesyen Kuala Lumpur Fesyen Week 2016 minggu sudah! Tahniah diucapkan!
#6 Dr. Mike <– Klik jika berminat
Tudiaaaaa… Doktor kacak dah mai! Sudahlah seorang doktor, kacak dan baik hati pula tu. Mike sering terlibat dengan acara-acara kebajikan jika tidak berada di Hospital. Untuk anda yang sering berfikiran negatif, Dr. Mike sentiasa memuat naik gambar menarik sambil disertakan ucapan-ucapan membina yang sedikit sebanyak pasti mewarnai hari-hari suram anda.
Senang cerita, sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan (rupa paras doktor kacak), bolehlah anda bermuhasabah diri okay? Doktor sakit boleh, doktor motivasi pun boleh. VERSATILE!
#7 Farahzieda <– Klik jika berminat
Ingat lagi Captain Shaha yang viral kerana berpantun sebelum berlepas tu?
https://www.instagram.com/p/5a2LUpBKUY/
Ha, juruterbang wanita jelita ini ada merakam dan mendedahkan video secara langsung bagaimana cara Captain Shaha berpantun sewaktu mereka ditugaskan bersama. Sejak dari itu, dirinya mula terkenal dan mendapat perhatian dari umum.
https://www.instagram.com/p/BIwsFkHjAY2/?taken-by=farahzieda
Jarang untuk menemui wanita yang melakukan kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki secara sempurna kan? Namun lain pula dengan Farah. Sudahlah cantik, seorang juruterbang pula tu! Inilah baru bidadari sebenar. Menghabiskan separuh daripada hidupnya di atas awan untuk menerbangkan pesawat. Cool okay!
#8 Emily Skye <– Klik jika berminat
Anda impikan bentuk tubuh seksi seperti Kila Fairy? Ha nah, ikut Instagram pakar senaman ini!
Emily bukan sahaja memiliki raut wajah bak tuan puteri, tetapi bentuk tubuhnya… mengancam! Nak kurus? Senang je, jom bersenam!
Selain itu, Emily ada mencipta aplikasinya sendiri yang anda boleh muat turun sebagai rujukan rutin senaman. Ramai yang telah melihat kesan memberangsangkan selepas mengikuti langkah-langkah senaman yang diajarkan oleh Emily. Yang penting, harus berdisiplin. Jangan buat hari ni esok dah malas. Memang tak kurus dan fit lah jawabnya…
#9 Marnie The Dog <– Klik jika berminat
Eh! Kenapa comel sangat ni! Marnie adalah seekor anjing istimewa di mana lidahnya secara semula jadi memang terjelir begitu. Seolah mengejek pula kan? Meskipun tidak normal seperti anjing lain, Marnie sangat dihargai kerana kekurangannya itu. Sehingga kini Marnie The Dog mempunyai 2 Juta pengikut di Instagram!
Yang mana sukakan binatang tu, bolehkah intai-intai perkembangan anjing ini di Instagram Marnie The dog okay?!
#10 Noor Tagouri <– Klik jika berminat
https://www.instagram.com/p/-Ohco4IgNO/?taken-by=ntagouri&hl=en
Nama yang pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu. Wanita ini merupakan wartawan dan pembaca berita berhijab pertama di Amerika Syarikat.
https://www.instagram.com/p/-omVOFogCo/?taken-by=ntagouri&hl=en
Ikuti perjalanan kisah hidupnya sebagai seorang muslim di bumi barat.
Bonus!
Liam Miscellaneous<– Klik jika berminat
Okay, yang ini kelakar! Mesti anda tak pernah terbayang yang di dunia ini ada orang sekreatif Liam!
https://www.instagram.com/p/nKV2GotqhB/?taken-by=waverider_
Instagram Liam menjadi popular kerana dia begitu rajin mencipta semula gaya mirip artis ternama. Bakatnya meniru dan membuat kembali pakaian, gaya solekan serta aksesori milik artis tampak begitu realistik dan hampir sama!
https://www.instagram.com/p/qYUlYENqi9/?taken-by=waverider_
Cara posing pun dia tiru. Haha