Mengejutkan! Justin Bieber bertindak untuk memadamkan Instagram miliknya yang mempunyai hampir 78 Juta pengikut selepas bergaduh besar dengan bekas teman wanitanya, Selena Gomez yang diselangi perbalahan bersama para pengikutnya di Instagram semalam.
Pergaduhan itu dimulakan oleh Selena menerusi beberapa komen ‘memerli’, merujuk kepada foto intim Bieber bersama teman wanita barunya, Sofia Richie berikutan tindakan Bieber yang pada mulanya mengugut para pengikutnya yang rata-rata meninggalkan komen tidak puas hati terhadap kekasih barunya itu.
https://www.instagram.com/p/BJFEgzbgUmp/
Foto intim Bieber bersama anak perempuan penyanyi Lionel Richie itu dirakam sewaktu lawatan jelajah Bieber di Tokyo, Jepun tempoh hari. Diakui, Bieber sememangnya rapat dengan model berusia 17 tahun tersebut sejak akhir-akhir ini.
Menurut screenshot yang sempat dirakam oleh seorang individu, Selena tidak habis-habis mengungkit bahawa Bieber telah banyak menipu dirinya sepanjang hubungan mereka yang ‘tenggelam-timbul’ tidak lama dahulu. Bahkan, pengakuan tersebut dibuat secara terang-terangan menerusi bahagian komen Instagram yang boleh diakses oleh orang awam.
https://www.instagram.com/p/BJHu8_5AU9l/
Sejurus selepas drama pergaduhan berakhir, Bieber mengotakan janjinya untuk memprivasikan akaun Instagramnya seperti mana amaran yang dia telah berikan sebelum bermulanya babak pergaduhan bersama Selena, “Saya akan memprivasikan Instagram saya jika anda semua tidak berhenti untuk membenci, jika anda benar-benar peminat saya anda tidak akan berlaku kejam terhadap orang lain (Sofia Richie) sebegitu”.
Sejurus selepas beberapa ketika memprivasikan Instagramnya, Bieber bertindak tegar untuk memadamkan akaun Instagramnya itu.
Foto Justin Bieber bersama Sofia Richie yang dikecam ramai.
https://www.instagram.com/p/BJE984IgYer/
Lagi gosip hangat, ada sumber yang memberitahu media People bahawa Sofia Richie pernah meminta Bieber untuk “unfollow” akaun Instagram seorang lagi bekas kekasihnya sebelum ini iaitu Stephan Baldwin.
Walau bagaimanapun, pada malam semalam juga, secara matang Selena Gomez telah memuat naik satu status menerusi akaun Snapchatnya yang berbunyi…
“Apa yang telah saya katakan tadi adalah seolah mementingkan diri sendiri serta sia-sia,” dengan berlatarkan warna hitam.
Persoalannya kini, setelah apa yang berlaku sehingga Justin Bieber sanggup memadamkan akaun Instagramnya sekaligus mengecewakan hampir 78 Juta orang pengikut serta para peminatnya, adakah ‘maaf’ Selena Gomez itu akan diterima?
Pssttt! Penulis juga ada dengar cerita yang Selena cuba menelefon penyanyi lagu “Company” itu untuk menyelesaikan masalah mereka, tetapi ternyata ia langsung tidak diendahkan Bieber. Punahlah harapan untuk Selena berbaik semula dengan bekas teman lelakinya itu…