Seorang wanita di China maut ‘ditelan’ eskalator ketika menaiki tingkat atas sebuah pasar raya bersama anaknya.
Rakaman CCTV insiden tersebut yang tersebar di laman Youtube telah menjadi perbualan hangat masyarakat seluruh dunia.
Insiden berkenaan berlaku apabila lantai eskalator itu tiba-tiba runtuh.
Dalam video berdurasi 0.35 saat itu, Xiang Liujuan, 30 bersama anaknya dilihat sudah sampai ke penghujung eskalator berkenaan dan ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘menelan’ wanita berkenaan. Bagaimanapun, mangsa sempat menyelamatkan anaknya dengan terus menolaknya kepada seorang wanita yang berada di tempat kejadian.
Walaupun beberapa individu yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan Xiang, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan. Menurut laporan media, tubuh mangsa hanya berjaya dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu di sebuah pasaraya besar di Jingzhou.
[Sumber]