Wanita muda di seluruh dunia sangat cemburu melihat warga tua yang masih mampu tampil menawan dengan gaya rambut yang cukup menarik, walaupun mempunyai uban. Mungkin, atas sebab itu, ramai wanita muda kini mula mewarnakan rambut mereka dengan warna kelabu yang nampak seakan-akan rambut beruban.
Tidak kisahlah sama ada gaya ini hasil tindakan mereka yang ingin meniru rambut warga tua ataupun atas kehendak mereka sendiri yang merasakan ianya cantik, trend rambut kelabu ini mempunyai sesuatu yang mampu menarik perhatian mereka yang memandangnya.
Namun, bagi penulis, trend rambut ini tidak boleh digayakan oleh semua wanita. Ia hanya sesuai digayakan dengan tona kulit wajah yang tertentu. Jom kita tengok beberapa foto mereka yang telah mencuba trend rambut ini.
Mana satu diantara mereka ini yang anda rasakan paling cantik dan sesuai dengan trend rambut ‘beruban’?
Sumber: boredpanda.com