Bintang K-pop dari kumpulan 2NE1 yang kini sudah berumur 31 tahun masih tampak seperti anak remaja. Tidak hairan lah kenapa Sandara Park memenangi anugerah ‘No 1 Stars Who Will Mantain Their Youthful Feature’ dari Arirang : Showbiz Korea pada 2014. Memiliki saiz badan yang kecil dan kurus juga satu kelebihan pada Sandara.
Berbeza dengan selebriti Korea yang lain, Sandara sering memakai sneakers daripada kasut tumit tinggi. Dan sneakers yang beliau gayakan bukan calang-calang ya, kebanyakannya koleksi daripada jenama terkenal seperti Adidas, Nike atau Puma. Sudahlah wajah keanak-anakkan, penampilan fesyen juga seiring dengan fesyen remaja terkini. Pasti ada yang teringin tampil dengan fesyen yang memberi efek ‘muda’ bukan ?
Pilihan penulis kali ini diambil dari #OOTD dari instagram Sandara sendiri. Jom kita ambil ilham bagaimana nak gayakan sneakers dan yang penting tampak ‘muda’ flawless selalu.
- Bahagian atas beliau ringkas mengenakan t-shirt hitam bersama jaket varsity warna hitam dan putih seiring dengan warna sneakers. Untuk mencipta sedikit kelainan, beliau gayakan 90’s denim skirt paras lutut.
- Tak pandai nak padankan pilihan top and bottom dari denim ? Nah ! Tiru sahaja dari gaya Sandara yang bersahaja menyarung kemeja biru denim serta berseluar double color denim. Tambah dengan topi sebagai pelengkap gaya santai dan beg silang ‘fringe’.
- Berani! Gaya vintaj dari Sandara. Ramai yang sukar membawa gaya seperti ini, takut menjadi mangsa fesyen. Tapi bukan pada idola Kpop ini, lihat sahaja lagak beliau mengenakan ‘ripped jeans’ dan menggantikan beg tangan dengan ‘waist pouch’ Louis Vuitton dipakai dipinggang. Ikatan skaf badana merah dilengan dan t-shrit cetakan vintaj, seolah-olah beri gaya ‘rock chic 90’s’.
- T-shirt Adidas oversized bercorak bunga ceria bersama ‘short denim’ beri efek gaya musim panas. Sesuai untuk anda kenakan jika hendak keluar bersama teman-teman. Aksesori seperti topi (hat) dan tas tangan warna ceria menyerlahkan lagi gaya fun dan summer time!
- Apalagi cara untuk gayakan sneakers anda? Cuba pula dengan ‘slacks pants’ seperti Sandara, dipadankan dengan t-shirt berkolar hijau senada dengan seluarnya. Cukup mudah dan boleh digayakan ke pejabat atau majlis kasual.
Kalau ada yang jatuh cinta dengan gaya dari Sandara, dah boleh start borong sneakers. Hehehe…