Isu status halal coklat Cadbury hangat diperkatakan selepas dakwaan DNA babi telah dikesan dalam coklat Dairy Milk Hazelnut dan Roasted Almond sebelum ini.
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Tentu ramai yang sedang menanti-nantikan keputusan mesyuarat yang dibuat JAKIM yang turut disertai Jabatan Kesihatan, Jabatan Standard ,Jabatan Kimia dan pihak Cadbury sendiri mengenai status halal produk tersebut.
Terbaru menurut laporan Astro Awani dan New Straits Times, hukum halal untuk produk tersebut telah dikekalkan. berdasarkan maklum balas Fatwa Majlis Kebangsaan, Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan‘.
Produk tersebut juga dikatakalam kategori keadaan termasuk dan “Umum al-Balwa” iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin
” Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai ‘Umum al-Balwa’.
“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan.
Orang ramai yang telah termakan coklat tersebut juga dinasihatkan tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
“Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan,”
Sejujurnya, penulis juga akan keliru pada mulanya dengan penjelasan yang diberikan. Namun, mengikut pemahaman penulis, status Halal coklat Cadbury masih dikekalkan seperti dahulu dan hanya coklat daripada sampel yang dikesan ( coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015) sahaja mengandungi DNA tersebut dan pencemaran tersebut berlaku semasa proses pembuatan coklat tersebut. Bahan yang digunakan sebelum pembuatan adalah halal.
Bagaimanapun , untuk kesahihan dakwaan tersebut dan mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku (sengaja atau sebaliknya) tindakan menggantung sementara produk tersebut telah dibuat sementara siasatan terperinci dilaksanakan.