Belum lagi reda isu pesta sukan bogel di Pulau Pinang, semalam bandar Ipoh pula digemparkan dengan perkara hampir serupa apabila gambar sepasang pengantin berpakaian pengantin melintas jalan dalam keadaan separuh bogel menjadi viral di laman sosial.
Aksi pasangan tersebut kemudiannya dirakamkan oleh seorang pengguna media sosial ,disebarkan dan menjadi viral di laman Facebook dan juga Whatsapp. Melalui gambar yang tersebar, wanita berkenaan dilihat hanya mengenakan baju dalam dan seluar dalam berwarna putih bersama dengan layah pengantin di kepala manakala pasangannya pula tdidak berbaju an memakai bow.
Berdasarkan laporan Sinar Harian Online, saksi yang merupakan seorang pengawal bekerja berdekatan situ berkata , kejadian yang berlaku di Jalan Sultan Yussof ini hanya berlaku sekitar 5-10 minit sahaja namun mengundang perhatian pemandu dan orang ramai sekitar tempat kejadian.
Memetik laporan The Star Online, sesi fotografi tersebut diaturkan oleh seorang jurugambar profesional yang dikenali sebagai Koo. Telah berpengalaman selama 20 tahun, Koo memilih lokasi berkenaan kerana kesesuaian tema dan konsep. Jurugambar berkenaan juga berkata kepada portal berita berkenaan bahawa dia telah mempertimbangkan implikasi dari sudut perundangan sebelum memulakan fotografi tersebut.
Bagaimanapun beliau terkejut dengan reaksi orang awam di media sosial dan berkata mungkin mereka terkejut kerana fenomena seperti ini memang jarang berlaku dan mereka berhak untuk membuat adun.
Menurut Koo lagi, pasangan tersebut merupakan model. Pihak polis bagaimanapun masih menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan juga sedang memastikan samada pasangan tersebut hanya model yang menjalani sesi fotografi atau pasangan kekasih sebenar.