Tahun 2018 menyaksikan trend kening bertekstur menguasai dunia kecantikan. Kening yang nampak seakan bersepah tetapi masih mengekalkan semulajadinya. Siapa sangka trend tersebut masih kekal sehingga ke hari ini, malah wanita dari setiap pelosok usia senang dengan kening tebal kerana membuatkan wajah terlihat lebih jelita.
Dailymail ada melaporkan Cara Delevingne pernah didakwa menjadi punca jualan alat pencabut bulu kening merosot kerana rata-rata ingin mendapatkan kening lebat sepertinya. Supermodel Gigi Hadid umpamanya, tidak pernah mencukur kening sebaliknya mengekalkan bentuk kening aslinya dan sekali-sekala cuma merapikannya dengan beberapa produk tertentu. Manakala, aktres Lily Collins juga tidak pernah ‘usik’ tekstur keningnya yang lebat.
Baca : Nak Kening Cantik Tapi Tak Mahu Cukur? Ini Cara Meriasnya
Selain mereka di atas, ada lagi beberapa selebriti miliki kening tebal cantik dan percayalah mereka langsung tidak mencukurnya.
Bea Alonzo
Taylor Hill
Sarah Hyland
https://www.instagram.com/p/BqIMX18F23Y/
Sara Sampaio
https://www.instagram.com/p/Bz0P6yAAI_p/
Alia Bhatt
Anne Curtis
Cantikkan kening mereka. Yang pasti mereka hanya mencantas bulu-bulu degil di bahagian hujung supaya nampak kemas atau sekadar merapikan dengan sikat sahaja.
Tahukah kamu, satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland mendapati bahawa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki kening tebal.