Hakikatnya, walaupun lembaran baru 2016 masih muda, trend gaya rambut lelaki lantas berubah dari satu gaya ke gaya yang lain, malah lebih hebat!
Di sini, Wanista ingin hidangkan imej gaya rambut lelaki yang sedang trending untuk tahun 2016! Mungkin anda boleh cadangkan beberapa gaya ini kepada teman lelaki atau suami tercinta. Mana tahu jika ia nampak sesuai dengan mereka. Yang untungnya anda juga kerana berdampingan dengan lelaki kacak kan? 🙂
#1 Beralun / Berombak di bahagian atas dan tirus kebawah
Variasi gaya potongan rendah menampilkan potongan pudar dan tirus diikuti rambut yang agak tebal dan panjang di bahagian atas kepala yang membuatkan ia beralun dan kelihatan tebal.
Untuk mengecapi hasil potongan gaya rambut yang ini, anda harus selesa menggunakan pengering rambut untuk teknik (blow) yang membuatkan tekstur rambut menjadi beralun serta pandai menggunakan sikat dan perapi rambut jenis “pomade” yang matte.
#2 Cukur memudar (Buzz Skin Fade)
Nampaknya, ramai yang gemar akan gaya rambut nipis untuk tahun 2016 ini! Siapa kata botak itu tidak macho?Â
Rambut lelaki adalah seperti bandul, 2015 yang lalu telah di warnai dengan seleksi gaya rambut panjang yang seksi seperti ‘sanggul lelaki’ dan ‘simpulan atas’, tetapi kini gaya tersebut akan di transformasikan dengan sisipan nafas baru iaitu gaya rambut yang lebih kemas dan sekata seperti gaya buzz skin fade ini!
#3 Business Savvy
Perkataan Bisness Savvy itu sendiri pasti membuatkan anda terbayang jejaka yang memakai sut kemas di mana rambutnya juga tersisir rapi menggunakan teknik sikat belakang (back comb) seperti aktor Patrick Bateman dalam siri American Psycho.
Untuk mendapat gaya ini, anda harus membiarkan rambut tumbuh serdehana panjang dahulu, namun pada bahagian kedua sisi kepala dan belakang haruslah di nipiskan.
#4 Belah Tepi Moden
Gaya potongan rambut lelaki tahun 2015 yang paling penulis suka adalah gaya potongan rambut klasik belah tepi. Gaya anggun ini akan menjadi lebih kuat dalam tahun 2016 kerana ia adalah gaya rambut yang tidak lapuk dek zaman, tetapi dalam masa yang sama masih lagi relevan melihatkan ia semakin menjadi in-trend dalam kalangan lelaki metroseksual masa kini.
#5 The Swoop
Okay! Gaya rambut yang ini hangat menjadi buah mulut masyarakat apabila penyanyi pop pujaan ramai, Justin Bieber mula menggayakannya.
Penulis memang jatuh hati tatkala mula-mula melihat gaya rambut lelaki yang seksi ini! Malah, penulis pasti gaya rambut The Swoop ini akan menjadi potongan rambut signature bagi kebanyakkan lelaki yang gemarkan gaya ranggi. Ia adalah gabungan potongan rambut jenis langsir 90’an dan gaya rambut moden yang wow!Â