Jika semalam kami telah kongsikan resepi Ayam Tandoori Menggunakan Microwave hari ini kami kongsikan satu lagi resepi mudah mengunakan Samsung Cello Smart Oven hasil kolaborasi Samsung dan Chef Nik Michael Imran.
Slim Fried Barramundi
Bahan -bahan
200g Isi ikan Barramundi [Barramundi Fillet ]
2 sudu teh Minyak Zaitun
Garam dan Serbuk Lada Hitam sebagai perasa
Caranya
1. Ratakan ikan dengan garam laut dan lada hitam . Kemudian gaul dengan minyak zaitun ke seluruh bahagian isi ikan.
2. Letakkan ikan ke atas dulang microwave dan masukkan ke dalam Smart Oven menggunakan rak tinggi ( high rack) . Pilih setting Slim Fry , ‘2’ untuk 200g.
3. Hidangkan bersama *Roasted Capsicum Sauce dan **Mashed Potatoes.
* Roasted Capsicum Sauce (Kuah/ sos untuk Barramundi)
Bahan-bahan
2 Biji Lada Benggala Merah
1 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
2 Daun Salam
2 Tangkai Thyme
3 Sudu Makan Minyak Zaitun
1/2 Cawan krim
2 Sudu Makan Balsamic Vinegar
2 Sudu Makan Gula
Caranya
1. Panggang lada benggala dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit sehingga sedikit hangus.
2. Buangkan biji, kulit dan tangkainya.
3. Panaskan minyak zaitun menggunakan api yang sederhana.
4. Masukkan bawang merah yang dipotong, bawang putih yang dicincang, daun salam dan thyme . Tumis selama 5 minit sehingga keperangan dan lembut.
5. Masukkan cili beggala dan secawan air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan krim, balsamic vinegar dan gula secepat mungkin. Masak dan padamkan api.
6. Keluarkan Daun Sam dan thyme, kemudian sebatikan bahan-bahan lain yang tinggal sehingga ia membentuk sos.
7. Tapis dan boleh hidangkan bersama Slim Fried Barramundi
**Mashed Potatoes
Bahan-bahan
Ubi kentang
Susu
Mentega
Garam
Caranya
1. Rebus ubi kentang yang telah dikupas kulit sehingga empuk. Toskan
2. Lenyek ubi kentang dengan menggunakan pelenyek kentang.
3. Masukkan susu, sedikit demi sedikit gaulkan sehingga sebati.
4. Masukka mentega sehingga nampak berkilat tapi jangan terlalu berminyak. Rasa.
5. Tambah garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.