Anda dah lihat muzik video Lion Hearts dari Girls Generation? Kalau dah, mesti kagum akan kecantikan kulit wajah mereka bukan? Glowing? Flawless? Perfection sangat! Agaknya bagaimana mereka mendapatkan kulit wajah sedemikian? Nahhh, Wanista kongsikan rahsia kecantikan salah seorang ahli Girls Generation, Tiffany yang baru-baru ini bercerita tentang rutin penjagaan kulit wajahnya.
Walaupun Tiffany terkenal dengan kulit yang sempurna sekarang tetapi dia menyatakan dia tidak dilahirkan sedemikian, masa dan usaha yang dilakukan untuk penjagaan kulit wajah adalah apa yang dia miliki kini.
“Saya berkulit gelap masa muda. Saya membesar di California dan banyak terdedah pada cahaya matahari. Ketika berhijrah ke Korea pada usia 18 tahun, saya menjadi taksub dengan penjagaan kulit dan mula mengikuti trend kecantikan Korea yang berkulit cerah.
“Ya, saya menggunakan whitener, tetapi ia bukan seperti peluntur. Saya menggunakan whitener yang hanya mengandungi bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan,” jelas Tiffany.
Tiffany mendedahkan produk pemutihan kulit yang digunakan adalah dibangunkan oleh pakar dermatologi Korea dipanggil BellaVei, yang dihasilkan di Amerika Syarikat.
“Produk ini sangat murah dan kandungan bahannya adalah lebih baik daripada jenama mahal,” terang Tiffany.
Tiffany mula menggunakan kesemua produk mereka dari face wash ke eye serum setelah mendapat kesan yang luar biasa daripada skin whitener.
“Kini, saya tidak menggunakan skin whitener terlalu kerap kerana saya sudah mendapatkan warna kulit yang diidamkan,” katanya.
Rutin Penjagaan Kulit
Langkah 1 – Makeup Removal & Cleansing
Peraturan 1 : Sentiasa tanggalkan solekan sebelum masuk tidur. Gunakan pad kaps dan gunakan makeup remover jenis bebas alkohol yang tidak terlalu keras pada kulit.
Peraturan 2 : Bersihkan kulit anda! Do not exfoliate everyday! Tetapi hanya membersihkan kulit anda dengan pembersih buih bebas alkohol. Bilas muka dengan air suam, gosok pembersih bagi mengeluarkan buih dan urut perlahan-lahan muka anda. Sentiasa bilas muka anda dengan air sejuk untuk menutup liang.
Peraturan 3 : Keringkan muka anda! Jangan sesekali gosok muka dengan tuala kerana ia boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kedutan.
Langkah 2 – Toner
Tahap pH yang seimbang adalah penting untuk kulit. Toner bukan sahaja membuang sisa malah penuh dengan kebaikan yang lain. Pilih toner yang tidak menyengatkan kulit dan tidak membuatkan ianya kering, bebas alkohol.
Langkah 3 – Homemade Face Mask ( 2 kali seminggu sahaja)
Jenis 1 : Campurkan 3 sudu madu dengan perahan jus lemon, gunakan hanya satu perempat daripada limau. Sapukan di muka dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Madu boleh membantu menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit anda licin dan elastik manakala lemon akan membantu mengurangkan kecacatan.
Jenis 2 : Topeng timun. Ini akan melegakan kulit dan memberikan vitamin ke dalam kulit anda. Anda hanya perlu melakukan ini dua kali seminggu.
Langkah 4 – Langkah Terakhir
Langkah terakhir adalah langkah yang paling penting bagi mendapatkan kulit wajah glowing. Anda hanya perlukan essence, serum, moisturizer, eyecream dan juga skin whitener.
Tips 1 : Campurkan essence, serum, moisturiser dan skin whitener ke dalam bekas kosong supaya anda boleh menggunakannya bersama-sama dengan Langkah 1 (selepas selesai proses membersihkan wajah, aplikasikan langkah ini pula)
“Cara sebegini lebih mudah untuk di bawa ke mana sahaja, malah, saya boleh menyelesaikan rutin penjagaan kulit lebih cepat. Selain itu, bahan-bahan ini lebih berkesan bersama-sama!”
Tips 2 : Campurkan produk daripada jenama yang sama, produk dari jenama yang sama direka untuk bekerja bersama-sama.
Hahhh dah jelas rahsia kecantikan kulit wajah Tiffany yang putih sempurna? Apa lagi, Cubalah Sekarang!