Jika sebelum ini, Penulis ada berkongsi dengan pembaca mengenai kehebatan kaum adam dalam bidang solekan di luar negara. Kali ini, Penulis nak fokus didalam industri solekan Malaysia pula. Jangan main-main ya dengan kaum lelaki di Malaysia kalau mereka dah pegang berus solekan. Perincian dalam solekan mereka lebih kemas dan tatarias yang dilakukan oleh mereka cukup mengagumkan mata yang memandang.
Jom kenali siapa mereka dan lihat hasil seni mereka yang 100% boleh merubah pandangan anda tentang kemahiran solekan dari kaum adam.
Alha Alfa
Beliau merupakan favorite selebriti Malaysia seperti Ayda Jebat, Zara Zya, Fasha Sandha dan ramai lagi! Hasil kerja beliau pernah menjadi viral gara-gara perubahan yang lain dari lain model seolah menjadi seperti barbie doll.
Alha tidak lokek berkongsi ilmu dengan peminat-peminatnya, ada sahaja bengkel solekan yang beliau buat. Bukan setakat menerima tempahan dari selebriti, beliau juga mengambil sesi andaman untuk majlis perkahwinan dan kini beliau sibuk dengan produk kosmetik dibawah jenamanya sendiri. Hebat!
Tiar Zainal
Handsome kan makeup artis kali ini? Hehehe.. Jangan diukur dengan wajah kacaknya sahaja, bila beraksi menyolek hasilnya cukup wow! Sering menjadi pilihan selebriti Malaysia seperti Kaka Azraff, Sherry Ibrahim, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Hasil solekan Tiar Zainal dapat banyak dilihat di kaca TV, majalah dan poster-poster produk. Bagi Penulis, Tiar Zainal suka bermain warna di bibir, lihat sahajalah tiga selebriti kita diatas. Warna bibir mereka sangat menyerlah dan of course lah cantik!
Our lovely Miss Fazura pun Tiar Zainal pernah bekerjasama!
Nuex Rosli
Makeup artis kita kali ini bukan sahaja pakar dalam bidang solekan malah mempunyai bisnes tudung sendiri @byabsolute. Eh? Penulis nak cerita pasal hasil solekan beliau lah, jom kita lihat apa yang Nuex Rosli beri pada setiap ‘kanvas kosong’.
https://www.instagram.com/p/BMeMnxxjBua/?taken-by=nuex_rosli
https://www.instagram.com/p/BLWMosvDtRr/?taken-by=nuex_rosli
Pada pandangan mata Penulis, Nuex Rosli gemar menggunakan warna tanah dan menambah glitter dibahagian solekan mata. Jadi solekan dari beliau tidak keterlaluan dan tampak manis sesuai untuk majlis pernikahan atau acara kasual.
BACA: Cantik dan Berpatutan! 5 Makeup Artis Untuk Solekan Hari Perkahwinan Anda
Syedewa
Syedewa, nama beliau sudah lama gah didalam bidang solekan. Tanpa menggunakan banyak warna, beliau mampu menyerlahkan aura kecantikan atau seri seseorang dari hasil air tangannya.
Syedewa juga sering mengadakan bengkel solekan dan menerima tempahan andaman untuk majlis perkahwinan. Menariknya lagi, beliau pernah menata rias pelakon terkenal Neelofa dan Fattah Amin untuk drama Suri Hati Mr Pilot.
Epie Temerloh
Apa yang Penulis pernah dengar tentang Epie Temerloh, ramai selebriti A-level Malaysia mengambil tempahan dari beliau. Anda tak percaya? Nah lihat sendiri siapa bersama beliau…
Fuh! Memang kelas lah Epie Temerloh, Dato’ Siti Nurhaliza rupanya pelanggan tetap beliau. Kalau anda rajin scroll Instagram beliau memang penuh gambar-gambar hasil solekan beliau pada selebriti Malaysia. Jika rasa nak wajah seperti solekan artis bertaraf tinggi Malaysia, anda boleh join bengkel solekan yang Epie Temerloh adakan. Serius! Boleh join 🙂
Lagi satu nak share, Ziana Zain pun pilih Epie Temerloh!
Antara kelima-lima makeup artis ini yang mana satu pilihan hati anda?
Semua solekan mereka meletop, kalah lah kita yang tahu conteng eyeliner sahaja..hahaha