Apa yang anda makan sebelum memulakan larian, ia bergantung kepada jenis larian. Jadi anda tidak boleh sembarangan makan sebelum memulakan larian.
Untuk kekal fokus dan bertenaga, ini adalah apa yang anda perlu makan sebelum larian.
LARIAN JANGKA MASA PANJANG (LONG RUN)
Otot anda menggunakan tenaga daripada adenosine triphostate (ATP) sebagai bahan bakar. ATP berasal daripada simpanan glycogen yang terbentuk selepas memakan karbohidrat. Jadi penting untuk makan karbohidrat jika anda bercadang untuk berlari melebihi lima batu.
Apa yang harus dimakan?
Karbohidrat sederhana lebih baik dimakan sebelum atau kadang-kadang semasa larian jangka masa panjang. Ini kerana badan lebih mudah mencerna dan mengubah kepada tenaga lebih pantas seperti buah-buahan, roti bakar dengan jem atau bar tenaga.
Semasa pertengahan larian, beberapa makanan ringan seperti paket madu, pretzel dan gel tenaga diperlukan bagi tenaga anda.
Bila perlu dimakan?
Anda seharusnya memakan makanan kira-kira satu jam hingga dua jam sebelumnya. Sekiranya anda berlari lebih dari satu jam, semasa larian anda perlu makan untuk mengelakkan diri daripada menjadi letih semasa regangan akhir.
LARI PECUT (SPEED RUN)
Lari pecut memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding larian jangka masa panjang. Mengambil karbohidrat dan protein sangat penting untuk kelajuan. Karbohidrat membuatkan anda sentiasa bertenaga dan protein membantu memperbaiki tisu otot yang rosak.
Apa yang harus dimakan?
Hidangan ideal sebelum larian pecut mestilah mengandungi campuran karbohidrat dan protein seperti beras perang dan ayam, oatmeal dengan pisang atau mentega kacang.
Bila perlu dimakan?
Jika anda mengambil makanan atau makanan ringan, ia perlulah satu hingga dua jam sebelum lari pecut. Ini kerana lari pecut lebih pendek masanya daripada larian jangka masa panjang iaitu memerlukan snek pada pertengahan masa.
Jadi sebelum memulakan larian, pengambilan makanan secara betul sangat penting sebagai tenaga anda sepanjang larian. Mendapatkan nasihat daripada ahli diet berdaftar untuk mengetahui makanan yang sesuai untuk anda.