Siapa kata lelaki yang muda sahaja boleh tampak ‘sado’? Hah, lihat sahaja datuk hipster yang cool ini mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk anda kaum lelaki kekal sihat, tampan dan kuat!
Untuk pengetahuan anda, lelaki hipster yang popular secara tiba-tiba kerana fesyennya sudah berusia 54 tahun. Dia dikenali sebagai Irvin Randle merupakan seorang guru di Houston, Texas, malah, seorang model pakaian yang cukup pandai bergaya.
“Saya rasa senang dengan populariti ini, saya langsung tidak menjangkannya. Saya tidak meminta atau merancang untuk ini berlaku,” jelas Randle akan kemasyurannya di media sosial @irvinrandle.
Untuk gaya peribadinya pula, Randle memberitahu,“I have always dressed with style, but I just wanted to wear things a little tighter for me, since I am in shape.”
“Manakala untuk kekal sihat dan aktif, saya akan menghabiskan masa bersama cucu dan ke gimnasium,” terang Randle lagi.
Hah, jadikan Irvin Randle ini sebagai idola anda ketika tua nanti. Walaupun tua tetapi masih kekal sihat dan bergaya gitewww… Jiwa muda sangat!
#Jiwa muda sangat atuk ni! Lihat sahaja fesyennya…
#Wow, memang macho atuk ni dengan suit. Kalah orang muda…
#Cuba bayangkan cikgu sekolah pakai macam ni. Apa jadi agaknya?
#Untuk kekal fit dan sihat, Randle rajin ke gimnasium