Buah berbentuk lonjong berwarna hijau yang dikenali sebagai avocado ini mengandungi khasiat pemakanan yang cukup luar biasa. Avocado sebenarnya mempunyai rasa lemak dengan isinya yang halus. Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti salad, pencuci mulut ataupun sup.
Buah avocado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jom tengok 10 khasiat dan kelebihan memakan buah avocado yang boleh diperoleh dari memakan buah ini:
1. Penjagaan Kulit
Minyak avocado ditambah ke dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membantu menambahkan seri dan cahaya kepada kulit. Selain itu, ia juga membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit.
2. Ciri-Ciri Anti Penuaan
Avocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
3. Menghilangkan Nafas Berbau
Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.
4. Menggalakkan Kesihatan Mata
Avocado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ia membantu melindungi mata daripada katarak.
5. Mengekalkan Kesihatan Jantung
Avocado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
6. Mengawal Tekanan Darah
Avocado merupakan sumber besar kepada kalium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
7. Melindungi Daripada Kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avocado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
8. Sumber Vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin), C dan E, serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. Sumber yang ada dalam avocado ini mampu mengekalkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Sumber: panduan-tips-petua.blogspot.com