Wahh tahniah buat pelakon Irma Hasmie yang kini sudah disahkan hamil anak kedua. Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suaminya, Redza Syah Azmeer melalui gambar yang dimuatnaik di akaun Instgram. Murah rezeki sungguh pasangan ini. Kehamilan kedua ini tidak sampai setahun selepas kelahiran anak pertamanya, Redza Syah Irfhan yang dilahirkan 29 Mac 2013. Tahniah dari kami…:)
Sebelum ini penulis diundang ke majlis pelancaran produk Radiglow, kebetulan Irma duta produk tersebut. Irma makin cantik dan berseri sekarang sejak gunakan produk Radiglow… Suka sangat!!