Sedia maklum bahawa model kereta Perodua Viva akan digantikan dengan model yang baru. Ini bermakna tiada lagi pengeluaran untuk model kereta ini.
Model Perodua Kancil yang digantikan Viva sebelum ini, pasti ramai yang membuat spekulasi bahawa model yang baru ini mungkin tidak banyak bezanya dengan model Viva , namun nampaknya orang ramai tidak perlu berteka-teki terlalu lama memandangkan gambar model kereta yang bakal menjadi pengganti Perodua Viva ini didakwa sudah tersebar di internet sebelum dilancarkan lagi .
Kalau sebelum ini gambar yang disebarkan agak kurang jelas, kami kongsikan yang lebih jelas dengan anda.
Berdasarkan gambar yang diterbitkan portal Live Life Drive ini, rekaan belakang dan hadapan kereta ini tak ubah macam bentuk kereta Perodua MyVi
Model baru ini juga dikatakan mirip model Daihatsu Ayla (gambar di bawah)
Menurut portal automotif paultan.org, model baru ini bakal dinamakan sebagai Perodua Axia, Atrivia ataupun Eliana. Apapun, kalau benar gambar yang disebarkan ini adalah rupa kereta Perodua baru yang bakal menggantikan Viva, pada penglihatan penulis rupa fizikalnya lebih cantik berbanding model Viva . Pandangan anda pula bagaimana. Jom bandingkan sendiri.
Kredit imej : Live Life Drive dan paultan.org