Bersempena dengan Hari Ibu yang jatuh pada tanggal 8 Mei ini, apa kata anda singgah di butik COACH untuk melihat-lihat koleksi tas tangan Soft Swagger baru yang sungguh unik serta memiliki nilai mewah yang tersendiri.
Beg Swagger rekaan jenama fesyen berprestij COACH rata-ratanya diterap dengan elemen elegan -lebih sofistikated dan amat sesuai untuk digayakan oleh para wanita yang bercita rasa tinggi.
Soft Swagger baru ini sebenarnya adalah kesinambungan rekaan yang diambil kembali dari Classic Swagger, bezanya cuma pada reka bentuknya yang agak langsing, ringan serta kompak agar mudah untuk dibawa kemana-mana selari dengan kehidupan wanita moden masa kini yang wajib memenuhi tentatif tugasan padat.
Bukan itu sahaja, tali panjang yang turut disertakan bersama tas tangan Soft swagger ini juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk menjadikannya seperti beg silang mahupun untuk disangkut pada bahu. Ini sekaligus membuatkan si pemakai tampak eksklusif dan ranggi bersahaja.
Variasi rekaan tas tangan Soft Swagger kali ini hadir dalam pelbagai rona pilihan yang menusuk kalbu, dari warna kilau metalik sehinggalah kepada warna bold menonjol seperti kuning terang serta biru laut, kesemua palet warna ini pastinya lebih mengujakan demi menceriakan musim bunga 2016 anda!
Apa yang penting, tidak susah pun sebenarnya untuk mencari hadiah Hari Ibu. Kejutkan ratu hatimu dengan sebuah beg tangan dari koleksi Soft Swagger baru dari COACH ini, lantas ibumu pasti gembira tak terkata!
Yup! Sesungguhnya, Soft Swagger ini adalah lebih baik daripada sekotak coklat yang bakal lesap atau sejambang bunga yang bakal layu.
Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com atau lawati mana-mana butik COACH yang berdekatan.