1. Hari Pertama ( 8 Mac 2014 ) , Sabtu
Seluruh dunia digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang. Penerbangan dari Kuala Lumpur tersebut dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi namun terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang sekitar jam 2.40 pagi hari yang sama.
- Malaysia Airlines (MAS) juga telah menyiarkan senarai nama penumpang dan juga kru kabin dan kru teknikal penerbangan.
- Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang. Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui.
2. Hari Kedua (9 Mac 2014, Ahad
- Kawasan mencari diluaskan dan kerajaan Malaysia mula bekerjasama dengan Agensi Risikan Antarabangsa termasuk FBI.
- Siasatan Mendapati Terdapat Dua Penumpang Menggunakan Pasport Curi Dan Berkemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik.
- Misi diperhebatkan lagi dengan penambahan 40 kapal dan 22 pesawat dan diperluas di pantai barat Semenanjung Malaysia.
- Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluaskan di Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka.
- APMM menghantar sampel tompokan minyak ditemui di kawasan Laut China Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis.
3. Hari Ke- 3 ( 10 Mac 2014, Isnin)
- Beberapa Tompokan Minyak Pula Dikesan Tetapi Disahkan Datang Daripada Sebuah Tongkang, Bukan Daripada Pesawat MH370.
- APMM mengesahkan tompokan minyak dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang.
- Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang. –
4. Hari Ke- 4 ( 11 Mac 2014, Selasa)
- Identiti pemegang pasport palsu didedahkan, Mereka adalaj Pouria Nour Mohammedi Mehrdad ,19 , dn Delavar Seyed Mohammad Reza ,30.
5. Hari ke -5 ( 12 Mac 2014, Rabu)
- Operasi Pencarian Pesawat MH370 Diperluas Dari 120 Batu Nautika Ke 200 Batu Nautika. Vietnam pula meluaskan pencarian ke pulau Con Dao , kira-kira 185 km barat Wilayah Ba Ria Vung Tau.
- Bantuan pihak antarabangsa juga turut diperhebat. Sebanyak 12 negara telah terlibat dalam misi pencarian ini, antaranya, China, Vietnam, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Filipina, India, Taiwan, Australia, New Zealand dan Thailand.
6. Hari ke -6 ( 13 Mac 2014, Khamis)
- Satelit China mendakwa mengesan 3 objek di perairan Laut China Selatan.
- Namun, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hisyamudin, kemudian membuat kenyataan dalam satu sidang media dan mengesahkan tiada objek ditemui seperti yang dikeluarkan satelit China dan menurut kerajaan China penerbitan imej tersebut adalah secara tidak sengaja dan merupakan satu kesilapan.
7.Hari ke – 7 ( 14 Mac 2014, Jumaat)
- ABC News , media Amerika Syarikat melaporkan pesawat MH 370 mungkin berada di Lautan Hindi. Kapal USS Kidd digerakkan untuk misi mencari.
- Penyiasat Amerika Syarikat yang enggan identiti didedahkan mengeluarkan kenyataan bahawa dua sistem komunkasi dalam pesawat MH370 mungkin telah ditutup secara berasingan.
- Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain , (bekas juruterbang berpengalaman) berkata, tiada bukti sahih tentang spekulasi MH370 ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi.
- Berkenaan cubaan MH 370 cuba berpatah balik, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata maklumat tersebut tidak dapat dipastikan secara keseluruhan.
- MAS menjelaskan bahawa nombor telefon bimbit yang didakwa milik seorang anggota keluarga penumpang pesawat MH370 adalah dari Amerika Syarikat, dan bukan China.
8. Hari ke -8 ( 15 Mac 2014, Sabtu )
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak,dalam sidang media tergempar mengumumkan kemungkinan seseorang dalam pesawat itu sengaja mengubah haluan penerbangan.
- Lokasi pencarian dialih ke koridor utara dan selatan. Berkemungkinan pesawat berada di koridor utara menghala ke sempadan Khazakstan dan Turkmenistan sebelum menghala ke utara Thailand ataupun pesawat tersebut sama ada melalui perjalanan ke Indonesia menuju ke Laut Hindi.
- Najib menolak spekulasi berkenaan pesawat itu dirampas.
- Kesimpulan lain, pesawat yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.
- Pihak berkuasa telah mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat itu.
9.Hari ke-9 ( 16 Mac 2014, Ahad)
- Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Ishak Yeop Hamzah percaya pada “teori rampasan” kerana pengesahan pesawat berpatah balik dan juga juga berdasarkan lingkungan kawasan pesawat itu boleh pergi, yang menyimpang daripada laluan asalnya ke Beijing, China setelah komunikasi terakhir dengan satelit pada jam 8.11 pagi, Sabtu minggu lalu.
- Spekulasi liar lain yang dibuat media antarabangsa , adalah mengaitkan penglibatan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam teori konspirasi rampasan pesawat itu.Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Naib Presiden PKR , YB Tian Chua bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.
- Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menyangkal dakwaan lokasi pesawat MAS Boeing 777-200ER penerbangan MH370 adalah di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil simulator penerbangan daripada rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk diperiksa oleh pakar. Siasatan dibuat secara menyeluruh, termasuk penumpang.
- Pencarian di di sekitar pulau Andaman dan Nicobar belum berhasil. Laksamana Madya Sudhir Pillai, ketua staf ANC berkata tiada tanda-tanda pesawat terhempas
- Pengawal trafik udara di Kolkata turut menolak kemungkinan pesawat yang hilang itu terbang melalui ruang udara India
- Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Strobe Talbott mendakwa kehilangan pesawat MH370 yang disyaki angkara pengganas mungkin akan untuk melakukan serangan menyerupai 9 September di India.
Hari ke -10 ( 17 Mac 2014, Isnin)
- Pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Lt. Kol Mohamed Tarmizi Ahmad pula memberikan pendapat bahawa, sukar untuk sebuah pesawat komersial seperti MH370 untuk pergi terlalu jauh tanpa dikesan oleh radar, pesawat seperti Boeing 777, hanya boleh dihilangkan daripada radar sekiranya pesawat itu terbang dengan rendah, semakin rendah ia terbang semakin kuat tekanan minyak digunakan.
- Misi pencarian telah melibatkan kerjasama 25 negara.berbanding 14 sebelum ini, meliputi kawasan darat dan laut dalam.
- Ketua polis negara berkata fokus siasatan melibatkan empat elemen keselamatan iaitu rampasan, sabotaj,masalah peribadi dan masalah psikologi.
- Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan beliau tidak ada maklumat tentang kemungkinan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 terbang dekat dengan negara benua itu.