Pelakon hebat China dan menempa nama di Hollywood, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Zhang Ziyi menerusi laman Weibo, sejenis laman sosial seperti Twitter di China telah mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China memboikot produk Malaysia.
“Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan masa (demi politik).
“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.
“Anda salah kerana tidak menghormati usaha seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran,” tulisnya dalam Weibo.
Salah seorang penumpang dalam pesawat MH370 iaitu pereka tari dan pelakon lagak ngeri Ju Kun pernah bekerjasama dengan Zhang Ziyi. Seorang lagi selebriti nyanyian negara itu, Chen Kun mengumumkan bahawa beliau tidak lagi menghormati kerajaan Malaysia. Chen berkata beliau akan memboikot keseluruhan produk Malaysia.