Kidzania Kuala Lumpur, dengan kerjasama Panasonic Cooking dan kolaborasi bersama chef-chef selebriti, penulis buku masakan dan artis seni hiasan makanan antarabangsa, melancarkan program ‘KidZ vs Food’ yang bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula belajar memasak. Bermula daripada 26 November 2016 hingga 1 Januari 2017, program ini merupakan inisiatif untuk menanam minat memasak dikalangan kanak-kanak dengan memperkenalkan elemen dan proses memasak yang bukan sahaja praktikal malah menyeronokkan.
‘KidZ vs Food’ terbahagi kepada empat segmen aktiviti:
- Pop-up Kitchen memberikan kebebasan kepada peserta kanak-kanak untuk menyediakan sendiri resepi-resepi segera dan mudah yang juga boleh dilakukan dirumah.
- Food Science menerokai aspek-aspek teknikal masakan melalui demostrasi yang menunjukkan bagaimana reaksi dan keadaan kimia boleh menghasilkan rasa dan tekstur makanan berbeza
- Food Art mengajar peserta kanak-kanak tentang asas persembahan mekanan dan cara menghasilkan hidangan pencuci mulut menarik
- Professional Workshops dikendalikan oleh chef-chef selebriti terkenal Malaysia seperti penulis buku masakan dan artis seni hiasan makanan.
Antara chef-chef selebriti yangakan berkongsi kepakaran mereka dalam program dan bengkel-bengkel profesional yang akan diadakan adalah, Dato’ Fazley Yaakob dan Brian Chen (atau lebih dikenali sebagai Abang Brian), artis makanan antarabagsa, Samantha Lee, penulis buku maskaan yang pernah memenangi anugerah, Mohana Gill dan chef cilik berbakat besar yang baru berusia tujuh tahun, Leah Choy daripada ‘Chef Leah with a Big Heart’.
Program ‘KidZ vs Food’ ini juga akan menjadi hos sebuah pertandingan masak kanak-kanak, ‘KidZania Zuper Kitchen Challenge’, yang bakal menyaksikan lima peserta terbaik berpeluang memenangi hadiah berupa peralatan memasak Panasonic, kursus kulinari di Young Chefs Academy, buku masakan beserta autograf, dan juga tiket-tiket ke KidZania Kuala Lumpur serta barangan bernilai lebih RM5,000!
Program ‘KidZ vs Food’ KidZania Kuala Lumpur ditaja oleh Panasonic Cooking, Vitagen & Marigold, Sushi King, Lifebuoy, Beryl’s dan Young Chefs Academy.
Ketahui lebih lagi tentang dunia masakan mesra kanak-kanak dengan melayari www.kidzania.com.my untuk mendapatkan jadual lengkap program KidZ vs Food KidZania Kuala Lumpur dan juga maklumat lanjut tentang Zuper Kitchen Challenge!