Deshun Wang, seorang artis dan aktor 80 tahun yang baru-baru ini telah muncul di pentas peragaan China Fashion Week berjaya memecah tradisi stereotaip dunia fesyen.
Ya! Dia bukan sahaja kelihatan hebat saat mengatur langkah di atas pentas, bahkan dia juga berjaya membuat namanya menjadi mahsyur dalam sekelip mata!
“Bukan kerana umur, tetapi di mana tahap pemikiran anda” -Deshun Wang
Beliau yang kini dikenali sebagai ‘Atuk Paling Seksi’ tidak sedikit pun mahu menganggap dirinya sendiri telah tua. “Salah satu cara untuk mengetahui anda telah betul-betul tua atau tidak adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri sama ada, ‘Anda berani mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup, iaitu perkara yang belum pernah anda lakukan sebelum ini atau pun tidak?'”, tambahnya lagi apabila ditemu bual oleh New York Times.
Bukan itu sahaja, Deshun juga percaya bahawa kita semua berupaya mengubah kehidupan sebanyak mana yang kita mahu asalkan matlamat sering berada di minda. Rahsia Deshun mengekalkan bentuk tubuh serta kesihatannya? Senaman, membaca banyak tips kesihatan dari buku dan berita, tidak mengambil alkohol terlalu banyak serta makan apa sahaja makanan yang dikehendakinya.
Tonton Video Pengenalan Deshun Wang
https://www.youtube.com/watch?v=HX4saxIfPYw