Tahukah anda di mana unuk mencari secawan kopi terbaik di Lembah Klang? Dalam tempoh singkat, jawapannya tidak semudah difikirkan. Bukan kerana kekurangan tapi sebaliknya mengikut nasihat pakar dan penilaian umum hanya penggemar kopi sofistikated dapat membuat pilihan mereka sendiri.
Oleh itu, bagi para pencinta kehalusan kopi ingin mendekatinya tanpa sebarang risiko, Caffé Crema adalah kafe butik menyediakan pengalaman menikmati kopi sempurna di kalangan pencintanya.
Sebagai kafe pertama di Malaysia menggunakan kelebihan periuk Bialetti Moka menjadikan bancuhan aromatik dan buat mereka ingin mempelajari cara membuat secawan kopi panas sendiri, kumpulan barista berpengalaman sedia membantu mereka tentang secawan “kopi penuh rasa cinta”.
Rangkaian pertama terletak di Mont Kiara berjaya menarik perhatian pakar pemilihan makanan. Ia dilengkapi dengan telaga dipenuhi dengan biji kopi, aturan kedudukan selesa dan kakitangan berpengetahuan. Persekitaran menggunakan lekapan kayu dikitar semula memberikan nafas segar dan moden manakala susunan sofa dan kerusi dalaman di keluasan 435 kaki persegi dibagikan secara kemas dengan kawasan terbuka sebesar 345 persegi untuk mereka yang memilih menikmati pergerakan persekitaran.
Tawaran berpatutan pelbagai bermula dari RM6.50 hingga RM14 menjadikannya perancangan bersesuaian untuk menikmati minuman enak pada bila-bila masa.
Alamat seperti di bawah;
E-01-02, Blok E, Plaza Mont Kiara
Tel: 03-6203 5111/4111