Video viral yang dikongsikan di Facebook menampilkan pelakon hebat Bollywood, Aamir Khan menjalani sesi latihan untuk filem Dangal hangat diperkatakan.
Difahamkan, Aamir Khan bakal muncul dalam filem Dangal sebagai watak utama yang memerlukannya memiliki tubuh badan sado dek kerana peranannya sebagai seorang ahli gusti muda bernama Mahavir Singh Phogat.
Filem ini mengisahkan Mahavir yang memiliki tubuh segak bak ahli gusti, namun peredaran usia membuatkan dia mula mengalami perubahan dari segi berat serta saiz tubuhnya yang juga mempunyai masalah buncit.
Aamir sendiri mahu menyahut cabaran itu dengan menaikkan berat badannya serta melakonkan watak Mahavir ketika berusia dan bertubuh besar. Setelah itu, Mahavir mula melalui transformasi untuk mendapatkan semula tubuh sasanya dan itulah juga dialami sendiri oleh Aamir yang bertungkus lumus mendapatkan tubuh 6-packs.
Bayangkan meskipun sudah berusia 51 tahun, Aamir buktikan yang usia bukan penghalang untuk dirinya kecapi tubuh sasa, segak dan muda demi filem arahan Nitesh Tiwari ini.
Berat Aamir dikatakan meningkat sebanyak 28 kilogram dalam masa lima bulan demi memunhi keperluan dalam membawa watak Mahavir. Ketika melakonkan watak tersebut, Aamir mempunyai berat 98 kilogram dan dia sendiri mengaku melalui masalah untuk mengikat tali kasutnya sendiri. Bahkan, Aamir merasai perubahan di mana gaya berjalan serta bahasa tubuhnya agak berbeza dari sebelum ini. Setelah berat badannya berkurangan, ia menjadi agak sukar.
Walaubagaimanapun, Wanista kagum dengan perubahan kini Aamir Khan. Salute!
Bukan itu sahaja, paling kelakar apabila gambar transformasi sebelum dan selepas ini menjadi viral dan rata-rata peminat filem hindi kreatif dalam menghasilkan meme mereka yang tersendiri.
Jom saksikan antara idea kreatif mereka yang serius mencuit hati.
Yang mana paling best?
https://twitter.com/hankypanty/status/803521178765824000?ref_src=twsrc%5Etfw
https://twitter.com/imDesimemes/status/803580379969925120?ref_src=twsrc%5Etfw
https://twitter.com/one_by_two/status/803509061593497600?ref_src=twsrc%5Etfw
Pic 1: me asking a girl out "hey! How you doing "
Pic 2: me after hearing "I have a boyfriend "
#Funnies #AamirKhanFatToFit pic.twitter.com/VO4BGrYxZJ
— Banarasi Beer Bowy! (@BanarasiBabu86) November 29, 2016
https://twitter.com/MrTippler/status/803567594909429760?ref_src=twsrc%5Etfw