Satu pusat jagaan kucing terbiar ‘Omiey Home’ didakwa telah memanipulasi gambar kucing yang telah mati untuk mengutip derma di laman sosial. Menurut laman Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, pihak tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan gambar kucing di Facebook mereka untuk kepentingan peribadi.
Pemiliknya didakwa seorang wanita bernama Norhazlin.
Sebelum ini, ramai pihak yang ragu-ragu dengan Omiey Home yang terletak di Kampung Melayu Kepong, Kuala Lumpur ini dengan meminta derma berbelas ribu ringgit untuk membina pusat jagaan kucing ‘Teratak Omiey’ di Negeri Sembilan. Tetapi perkara itu telah disangkal oleh pihak mereka dengan mengatakan ada pihak yang gemar menabur fitnah untuk membantutkan usaha mereka memelihara nasib kucing.
Berikut adalah kenyataan bekas pekerja di situ : Berikut adalah maklumat yang kami dapat daripada laman Facebook mengenai kegiatan tidak bermoral Teratak Omiey :
Minta perhatian kawan kawan, kami telah diberitahu bahawa satu page telah menggunakan gambar kucing yang kami bantu suatu masa dahulu untuk mengutip dana poket mereka tanpa pengetahuan dan permission kami.
Sila rujuk di post ini:
Jika ini adalah benar, apa yang lebih keji, perbuatan mereka menggunakan Owen (kucing dalam gambar), telah pergi ke Penciptanya lebih 3 tahun yang lalu untuk mengutip derma wajar dikecam. Manusia tamak ini sanggup menggunakan gambar owen dan memuat naik caption yang tidak betul sama sekali. cerita owen boleh dibaca dipautan ini:
(i)http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2011/11/update-on-owen.html (ii)http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2011/11/owen-today.html (iii) http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2011/11/we-miss-u-owen.html
Jadi siapa yang berbohong dan memanipulasi gambar untuk meraih duit derma masuk ke poket sendiri? Volunteer kami bersusah payah menjaga dan mengubati Owen semasa hidupnya. Begitu biadap sesetengah manusia yang sanggup menjual kehormatan satu jiwa yang telah pergi hanya untuk memenuhkan poket sendiri. logik akal, sekiranya kita sendiri membuat kerja kerja rescue, kita tidak perlu pun mencuri gambar kucing dari kerja orang lain bukan?
Kami minta kawan kawan sebarkan perihal ini dan kami tidak ada hubungkait dengan pusat jagaan yang dinamakan. Jangan sesekali benarkan diri kita tertipu dan membiarkan penipu berjalan bebas. Mereka yang bersikap parasit sebegini menyusahkan NGO untuk mendapatkan kepercayaan dari masyarakat umum.
Bantu kami untuk hentikan segala bentuk penipuan duit melalui manipulasi haiwan. Hiduplah dengan bermaruah dan hormati haiwan kesayangan semua ini!
Ini gambar asal
Pihak Omiey Home juga telah didakwa menipu penjual produk penjagaan kesihatan kucing sekitar bulan Jun lalu
Kedai Kucing Salam Kenal pada yang tak kenal saya boleh kenal dengan saya.. Add Nizza Nizza.
Saya ada menjual produk penjagaan kesihatan kucing seperti Petgrass, Pendidik Imun Kucing iaitu Transfer Factor dan Supercat Spray.
Text dibawah ditujukan kepada Lissa , Pemilik Omiey Home / Pusat Penjagaan Kucing
Untuk makluman semua Lissa (Owner Omiey Home / Pusat Penjagaan Kucing), anda telah cuba menipu saya dan mengambil kesempatan akan budi baik saya pada awak. Anda order barang tapi anda liat nak bayar. Saya terpaksa buat laporan polis dan memfailkan kes ini ke mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Lisa, Sedarlah kesalahan awak. Awak mencari punca pendapatan melalui facebook. Nescaya awak akan hilang kepercayaan orang lain terhadap awak.
Awak telah order 3 set Supercat Spray dan 1 botol Transfer Factor dari saya dan saya telah pun membuat penghantaran barang barang tersebut pada 5 April 2014 berjumlah RM 466.00 Serahan telah dibuat melalui pekerja anda. Anda berjanji kepada saya untuk membuat pembayaran RM 466 ke akaun bank yang saya telah berikan. Anda sendiri telah mengaku menerima barang barang tersebut. Sehingga hari ini, setiap kali saya menghubungi anda, anda tidak pernah menjawab panggilan hp saya. Tapi melalui no lain, anda jawab panggillan sebab anda sangka orang akan bank in wang sumbangan untuk kucing kepada anda. Tapi bila anda dengar suara saya anda putuskan talian. Sebelum ini anda kata, yang anda akan bank cek dengan alasan 5 hari cek akan clear. Cek mana yang sampai 5 hari clear tu ? kemudian anda kata akan bank in cash. Mana duit saya ? Anda blok Whatapp saya. Anda unfriend saya. Anda hiddenkan facebook pusat penjagaan kucing daripada saya.Saya terpaksa buat laporan polis, anda berjanji dengan polis akan bayar pada hari isnin. Saya tunggu hingga ke Jumaat untuk anda bank ini. Sebelum laporan bertulis diteruskan, polis telah menasihatkan kamu untuk membayar dengan segera. Dengan polis pun awak engkar janji. Laporan bertulis terpaksa dibuat. Tindakan buka fail ke mahkamah juga akan dibuat. Sekiranya anda masih degil membuat bayaran pihak mahkamah akan berurusan dengan kamu bagi pihak saya. Saya berani kerana benar. Saya telah beri awak peluang daripada April hingga nak masuk Julai 2014. Kalau ada masalah kewangan anda boleh bayar sikit sikit.. tapi 1 sen pun saya tak terima. 1 ekor kucing yang diserahkan anda terima RM 50. Jika 10 ekor kucing yang anda terima, jumlah RM 500. Anda boleh langsaikan hutang anda dengan orang lain. Kenapa sampai nak blok Whatapp, unfriend dan hidden FB dari saya ? Anda tahu hutang di dunia yang tidak halal ? Sayapun ada bela 20 kucing tanpa sumbangan orang ramai. Saya berniaga online sebab nak cari duit beli makanan kucing saya.
Sekarang ni anda nak bayar hutang anda pada saya atau tak nak ? Jika anda seorang yg prihatin dan jujur, sila bayar duit saya. Jika anda dah bayar duit saya, saya akan delete comment saya dan tidak memalukan awak. Tolong fikir.
Di antara posting oleh Pusat Jagaan Kucing Omiey
Selain itu juga, terdapat selebriti yang mempromosikan Omiey Home ini tanpa mengetahui hal yang sebenar.
Gambar-gambar kucing di Omiey Home
Berikut adalah gambar yang dikongsi oleh salah seorang mangsa yang meletakkan kucingnya di Omiey Home dan apabila dia ke sana untuk melihat kucingnya, dia mendapati terdapat lebih 4 ekor kucing mati di dalam sangkar yang terlalu padat dan keadaan kucingnya kurus kering dan tidak bermaya.
Kemaskini: Berikut antara komen-komen lain yang kami perolehi sekitar beberapa laman sosial media.
Komunikasi penuh di Facebook (muat turun) – Kredit Forum Cari
Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini, terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilainya.