Solekan kening kini menjadi perhatian ramai gadis. Lupakan cara solekan lain kerana kening adalah merupakan bahagian wajah yang paling rumit untuk dipelajari.
Jom! Wanista ajarkan anda cara paling mudah untuk ukir kening agar kelihatan seperti baru mendapat sentuhan dari MUA.
Sebelum mula melukis dan menggelapkan kening anda, tentukan dahulu bentuk permulaan, lengkung dan penghujung kening mengikut panduan yang diberikan oleh rajah di bawah:-
Langkah #1
Pastikan anda miliki peralatan yang lengkap seperti celak kening dan juga maskara kening. Gunakan concealer cerah bagi anda yang tidak mahu untuk cukur kening.
Langkah #2
Lukis bahagian bawah kening dengan satu garisan lurus. Pastikan bahagian hujung kening dilukis dengan jelas serta tajam.
Langkah #3
Lukis bahagian atas pula dengan satu garisan lurus manakala lukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.
Langkah #4
Ratakan warna kening dengan menggunakan kayu spoolie atau berus kening yang menyerupai berus maskara itu. Dinasihatkan agar anda menggunakan tona yang sedikit cerah bagi memastikan kening anda natural
Langkah #5
Kemaskan bawah kening dan penjuru kening dengan menggunakan concealer bagi menutup celaan solekan yang tersisa.
Lagi satu, jangan warnakan terlalu pekat pada permulaan kening, takut nanti anda kelihatan seperti watak animasi Shin Chan pula. Pastikan anda warna kening secara samar-samar di bahagian permulaan dan hanya memekat pada bahagian suku inci selepas permulaan kening, barulah nampak natural 🙂
Nak lagi cantik? Boleh sapukan sedikit highlighter pada bahagian bawah lengkungan kening untuk tonjolkan tulang kening sempurna.
Penulis harap panduan ringkas ini sedikit sebanyak bisa membantu anda untuk melukis kening seperti MUA (Make-Up Artist).
Selamat mencuba!
SUMBER