Alat mekap dan barangan kecantikan seperti krim muka sering membuatkan bilik anda nampak berselerak, walaupun hanya dalam kuantiti kecil. Memahami dilema yang dialami oleh ramai wanita ini, kami kongsikan gambaran idea untuk mengemaskan barang-barang ini supaya ruangan dan meja solek anda nampak kemas dan cantik seperti tuannya.
1. Punya banyak koleksi minyak wangi? Jadikan rak dapur yang digunakan untuk meletak rempah ratus ini untuk menyusun semua haruma kegemaran anda.
2. Tempat meletak kek ini juga boleh dijadikan stand untuk pameran koleksi minyak wangi anda.
3. Jika anda tidak lagi menggunakan bekas kaca mata anda, ia boleh dijadikan bekas untuk menyimpan berus solekan, maskara, eyeliner dan sebagainya.
4. Kotak pensil ketika zaman belajar dahulu membazir jika dibuang, jadikan ia bekas maskara dan celak.
5. Susun berus solekan dalam pasu bunga. Isi biji kopi kedalamnya. Selain nampak cantik, berus solekan juga akan boleh dicacak dengan lebih kukuh dan nampak lebih tersusun.
6. Di dapur, perkakas ini digunakan untuk meletakkan sudu, garpu dan pisau. Inovasikannya untuk meletakkan alat mekap dan barangan kecantikan sebelum memasukkannya ke dalam laci.
7. File holder juga boleh dijadikan organizer perkakas lain seperti penggulung rambut. Tak lah nanti berselerak dengan wayar yang berselirat.
8. Ataupun gantungkannya di pintu almari sebelah dalam.
9. Selain aksesori, pouch ini juga boleh diletakkan benda yang lain.
10. Pernah terfikir untuk menggunakan pemegang botol untuk meletakkan botol barangan kecantikan anda?
11. Dicipta untuk menyusun fail supaya tersusun, rak ini juga boleh digunakan untuk buat palet mekap nampak teratur.
12. Kan senang susun pembayang mata pelbagai warna dalam dulang ais seperti ini.
13. Beli satu untuk letak aksesori anda, satu lagi untuk alat mekap ya.
14. Aplikasikan konsep fridge magnet, jimat ruang .
15. Susun semua mekap dalam satu organizer.
16. Kapas dan tisu yang dibiarkan dalam plastik bungkusan asal memang nampak tak kemas. Susun dalam bekas makanan seperti ini lebih baik.
17. Keluarkan putik kapas daripada plastik bungkusan dan isi semula dalam bekas lilin.
18. Kumpulkan sekali semua pengilat kuku di dalam balang.
19. Jika anda suka memakai pelbagai warna gincu ketika mengembara, potong tiub gincu ke dalam bekas pil ubat. Lebih senang dibawa.
20. Susun lipgloss, lipstick, celak, maskara dan sebagainya atas bekas susun kek cawan.
21. Jika mahu disusun ke dalam laci, bahagikan dulu dalam loaf pan. Lebih senang dilihat dan dicari.
22. Bingung nak menyusun getah rambut anda di mana. Apa kata susun di muncung botol yang cantik seperti ini.
23. Bobby pin antara benda yang senang hilang. Solusinya, tempelkan pada jalur magnet.
–Via