Penat ya jadi perempuan.
Bekas model dan angel Victoria Secret baru-baru ini dikecam molek oleh pengikut media sosial. Ini kerana gara-gara perubahan wajah yang terlihat amat berbeza dari sebelum ini.
Adriana Lima dituduh melakukan rawatan wajah antaranya facelift. Dia yang hadir sebagai tetamu tayangan perdana filem The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes di Los Angeles. Adriana kemas dengan dress pendek hitam berjalur merah.

Solekannya juga ringkas bersama gincu merah yang memberi perhatian kepada kejelitaan bekas model ini.
Namun, wajah Adriana yang kelihatan bengkak dan tembam memberi persepsi negatif kepada warganet. Ya, DIVA tidak nafikan memang wajah Adriana kelihatan berbeza tapi tidak sepatutnya diberi tanggapan yang buruk. Kita semua akan berusia dan pasti perubahan akan berlaku. Itu lumrah kehidupan.

Tidak tegar diberi kritikan yang tidak berkesudahan. Adriana mengambil pendekatan untuk memberi penjelasan dengan cara tersendiri. Wanita berusia 42 tahun itu membuat hantaran story di Instagram dengan swafoto. Bersama kapsyen;
“The face of a tired mom of one teenage girl, two pre-teens, one active boy, a 1-year-old learning to walk, and three dogs… thanks for your concern.”

Adriana Lima memberi sebuah kenyataan realiti tentang tugas seorang ibu kepada tiga orang anak. Ini suatu yang tidak adil buat Adriana dan mana-mana wanita. Kenapa perubahan wajah terutamanya penuaan sering menjadi cetusan untuk negativiti?