Kalau tanya pada DIVA, apakah jenama teknologi kecantikan yang disukai, sudah semestinya DIVA akan pilih FOREO. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa FOREO dalam banyak-banyak jenama?
Untuk pengetahuan kamu, jenama teknologi kecantikan Sweden ini sememangnya terkenal dalam menawarkan alat peranti yang menyasarkan setiap keperluan yang diperlukan oleh kulit wajah kita. Namakan sahaja apa yang kamu perlukan, rawatan spa di rumah? Instant facelift? Pembuangan bulu? Atau pun penjagaan mulut? Semuanya boleh didapati daripada FOREO!
Dan khasnya dalam entri kali ini, DIVA nak kenalkan kamu dengan dua peranti terbaru FOREO yang ‘sewajibnya’ kamu top-up ke dalam rutin kecantikan.
Psst… DIVA sangat sukakan peranti terbaru ini kerana ia sangat memudahkan kerja dan menjimatkan wang tau!
Wanita Pasti Sukakan 2 Peranti FOREO Baru Ini!
Seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi, FOREO tak lepaskan peluang memperkenalkan dua peranti terbarunya yang terdiri daripada PEACH™ 2 dan LUNA™ 4 plus.
-
FOREO PEACH™ 2
- Foto – FOREO
Tak dinafikan untuk rutin pembuangan atau penyingkiran bulu secara berkala, ada banyak pilihan rawatan yang boleh kamu pilih seperti bercukur, epilate hingga waxing. Tetapi jika ianya menjadi rutin harian, DIVA cadangkan untuk kamu melabur dalam peranti FOREO PEACH™ 2. Menariknya tentang FOREO PEACH™ 2 , ia adalah peranti IPL (Intense Pulsed Light) yang menawarkan pengalaman penyingkiran bulu tanpa rasa sakit, selamat dan berkesan di rumah.
- Foto – FOREO
Kelebihan FOREO PEACH™ 2:
- Pengurangan bulu kekal boleh dilihat selepas dua minggu, dengan hanya enam rawatan
- Denyutan T-Sonic™ merangsang alirah darah sehingga 450%, membantu aliran limfa dan penghasilan kolagen pada kulit
- Berkesan dengan kuasa 2 kali untuk hasil lebih baik dengan tetingkap rawatan 9cm² (3 kali lebih besar daripada peranti IPL lain)
- Sistem penyejukan kulit 360°, penapis UV, kepala boleh laras serta perisai silikon pelindung menjadikan ianya selamat dan tak menyakitkan
Sebelum menggunakan FOREO PEACH™ 2, DIVA syorkan kamu oles dahulu PEACH™ Cooling Prep Gel untuk membantu menghidrat kulit secara mendalam, elak kekeringan dan kerangsaan. Pastikan guna ketika sebelum dan selepas rawatan.
FOREO PEACH™ 2 tersedia dalam dua pilihan warna (Peach/Mint) dan dijual pada harga RM2249. Manakala PEACH™ Cooling Prep Gel berharga RM208.
-
FOREO LUNA™ 4 plus
- Foto – FOREO
Tambahan kepada barisan LUNA™, FOREO memperkenalkan peranti pembersihan yang inovatif iaitu LUNA™ 4 plus. Peranti 4-dalam-1 ini menggabungkan ciri pembersihan yang mendalam, peningkatan kolagen, penegang dan peningkatan keserian dalam satu penggunaan.
Kelebihan FOREO LUNA™ 4 plus:
- Foto – FOREO
- Gabungan 4 teknologi dalam satu peranti; Arus Mikro, LED Merah, Denyutan T-Sonic™ dan LED NIR, membolehkan pengguna capai tahap kesempurnaan kulit yang baru
- Titik sentuh silikon lembut-baldu yang dipasangkan bersama denyutan T-Sonic™ membuang sel kulit mati dan meningkatkan peredaran mikro
- Terbukti secara klinikal menghapuskan 99.5% kotoran, minyak dan sisa solekan dalam sekali penggunaan
- Bahagian hadapan membersihkan kulit secara mendalam, manakala bahagian belakang dapat mengurut kulit untuk membantu produk skincare dapat menembus dan berfungsi dengan pantas
- Gabungan lampu Near-infrared LED dan LED Merah dapat meningkatkan kolagen untuk kulit yang lebih awet muda
- Teknologi Microcurrent membantu menengang dan menggebukan kulit semasa pembersihan serta mengurangkan garis halus
- Foto – FOREO
FOREO LUNA™ 4 plus tersedia dalam dua pilihan warna (Ungu/Merah Jambu) dan dijual pada harga RM2440. Manakala LUNA™ Micro-Foam Cleanser 2.0 (100ml) pada harga RM259 dan SUPERCHARGED Serum 2.0 pada harga RM 339.
Kedua-dua peranti terbaru FOREO ini boleh didapati Sephora dan juga di web. Selamat mencuba!