Balenciaga tak akan pernah lelah untuk menghasilkan lagi produk fesyen yang tidak munasabah. Kali ini Balenciaga dengan bangga menjual tuala yang diinspirasi dari skirt, Balenciaga Skirt Towel. Iaitu skirt dari kain tuala yang dililit pada pinggang seperti selepas mandi.
Ia boleh dibeli melalui laman rasmi Balenciaga dengan harga $925 Dolar Amerika. Iaitu sekitar RM4400 untuk sehelai skirt tuala yang diperbuat dari 100% kapas Terry. Dari tinjauan DIVA skirt tuala Balenciaga ini mempunyai tiga saiz iaitu free size, S dan M. Bagi saiz S dan M perlu membuat pra-tempahan. Ia juga helaian unisex, iaitu sesuai dipakai untuk lelaki dan wanita.

Cetusan idea Balenciaga untuk skirt tuala kali ini agak lame. Hanya terdapat satu warna pilihan sahaja. Sepatutnya keluarkan warna-warna lebih menarik. Bagi pengetahuan pembaca, bukan Balenciaga sahaja mengeluarkan tuala. Sebelum ini jenama Prada, Versace dan Gucci juga pernah menghidangkan harga tuala dengan ribuan ringgit.

Sejak berita skirt tuala ini mendapat perhatian peminat fesyen mewah. Ramai yang menempelak Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia. Mana tidaknya, semasa memegang tampuk meja besar jenama ini. Demna berjanji untuk menghasilkan fesyen yang lebih matang, berkualiti dan serius. Namun kini tak alih-alih skirt tuala pula yang direkanya.

Apa pendapat kamu tentang skirt tuala ini?