Ya, lain hari dan lain selebriti mengeluarkan produk kecantikan.
Harry Styles jika dahulu laku dengan produk pewarna kuku, kini bersama jenama miliknya Pleasing mengeluarkan koleksi minyak wangi. Minyak wangi ini dijangka lancar pada 16 November ini.
Pleasing merupakan jenama kecantikan dan fesyen oleh Harry Styles. Ia mula debut dengan pewarna kuku, seterusnya diikuti bersama produk penjagaan wajah dan pakaian. Kalau difikirkan semula ini adalah satu saluran jualan merchandise kepada peminat.

Koleksi tiga minyak wangi dikatakan diinspirasi dari hubungan seks yang memberi rasa kepuasan kemuncak. Ia disinonimkan dengan lagu hit ‘Watermelon Sugar’ yang mempunyai erti maksud orgasm wanita. Entahlah, DIVA agak kurang selesa bila masih ada lagi jenama yang mengeksploitasi naluri manusia seperti ini.
Apa pun, minyak wangi ini dikatakan genderless atau unisex. Ia mengfokuskan wangian yang memberi aura kreativiti, inovatif, kecantikan dan keringkasan. Not-not haruman pula dari woody amber, fresh amber dan woody musk. Jadi peminat wangian bunga-bungaan hinggalah musk terjamin.

Tinjauan DIVA di media sosial, rata-ratanya merasakan minyak wangi ini ‘tidak perlu.’ Malah ada yang berpendapat kenapa semakin ramai selebriti melancarkan produk kecantikan dan sejauh manakah kewajaran atau kebenaran (ilmu) yang diberikan kepada selebriti untuk mengeluarkan produk kecantikan. Apatah lagi bila ia berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan.
“yet another unproven fragrance house at an extortionate price, celeb brands really trying it with perfume releases these days 😏” – @troutpoutt
“Why does every celebrity think they need a fragrance?” – @n_reale
Harga bagi setiap satu botol Bright, Hot, Closeness dan Rivulets ialah RM671. Ia tidak murah dan boleh dikatakan setanding dengan harga minyak wangi yang mempunyai pakar dan kemampuan menghasilkan minyak wangi bermutu.

DIVA tidak tahu, sejauh mana lagi muslihat money grab seperti ini akan berlaku. Tidak, DIVA tidak menolak jenama Pleasing dari Harry Styles atau mana-mana selebriti. Cuma, sampai bila kita mahu menjadi kerahan wang ringgit kepada bakat yang dahulunya untuk menghiburkan dengan nyanyian dan muzik.
Tepuk dada, tanya selera.