Muncul beberapa dakwaan di media sosial, Bella Hadid kini dipecat oleh pihak Dior lantaran tegas bersuara tentang isu ketegangan yang berlaku di Gaza. Lebih memeranjatkan Dior berpaling tadah dengan menggantikan Bella dengan model kelahiran tanah haram Israel.
Lima hari lalu, model Israel tersebut May Tager membuat hantaran di media sosial tentang kempen terbarunya bersama Dior. Agak pelik sebenarnya, dengan tiba-tiba model yang tidak pernah dikenali ramai diangkat sebagai wajah kempen.

Dari tinjauan DIVA juga mendapati, Bella Hadid juga tidak lagi mengikuti akaun rasmi Dior. Jadi adakah khabar angin benar? Malah, DIVA juga cuba mencari gambar-gambar Bella bersama Dior di akaun Instagramnya, namun tidak ditemui.
Warganet mula naik berang dengan tindakan Dior yang memberi bayangan jenama fesyen ini menyokong pada pihak Israel. Banyak komen yang mula mengajak untuk memboikot jenama asal Perancis ini. Mana tidaknya, jenama yang menyokong pembunuhan beramai-ramai dan keganasan kepada orang awam.
Dior just FIRED Bella Hadid. Isn’t it sweet? pic.twitter.com/qbIQHMa5SP
— Danel Ben Namer (@DanelBenNamer) November 7, 2023
Seperti yang kita tahu, Dior duduk dibawah payung LVMH. Jadi ini bermakna ia akan turut memberi kesan kepada jenama-jenama besar yang lain. Tatkala jenama fesyen lain mendiamkan diri. Nampaknya Dior bermain kasar terhadap Bella Hadid.
Supermodel berusia 27 tahun ini tegar dan utuh menyokong hak pembebasan Palestin serta mengutuk sekeras-kerasnya dengan tindakan kejam Israel. Bella Hadid antara selebriti dan model lantang bersuara serta tidak takut dengan ancaman kehilangan kontrak kerja.

Peminat Dior sekalian? Adakah ini masanya untuk boikot Dior.