Bentuk punggung besar dan menonjol sering dikategorikan sebagai wanita seksi, wanita subur dan simbol seks. Apatah lagi ia menjadi piagam kecantikan selebriti di negara-negara Barat. Malah dengan potongan fesyen yang menyerlah bentuk belakang tubuh membuatkan ramai ingin merealisasikan impian punggung tonggek.
Namun, kejadian punggung tonggek bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan. Ia sebenarnya masalah postur badan yang dikenali sebagai anterior pelvic tilt. Dimana bahagian pelvis condong kehadapan berbanding biasa. Hasil kajian mendapati kira-kira 75% wanita dan 85% lelaki menghadapi anterior pelvic tilt atau bahasa pasar kita, punggung tonggek.

Punca punggung tonggek
Terdapat banyak sebab berlakunya masalah postur begini. Antaranya terlalu banyak duduk, gaya hidup yang tidak aktif dan bahagian postur abdomen yang lemah. Faktor-faktor ini menyebabkan fleksor pinggung yang keras menarik pelvis ke bawah dan otot punggung. Manakala hamstirng menjadi lemah kerana berdaya untuk menahan tarikan tersebut.
Jika pembaca menghadapi masalah ini, usah khuatir. DIVA ada jumpa senaman yang boleh membaiki postur ini dengan mudah sekali.
Langkah betulkan postur pinggang dan punggung;
1. Berdiri tegak pada dinding dan ambil jarak satu kaki kehadapan.
2. Kemudian sandar dan pastikan bahagian pelvis, abdomen jatuh pada dinding.
3. Kemudian angkat tumit kaki kamu. Biarkan selama dua minit.
4. Lakukan senaman ini selama dua minit, dua kali sehari.
Betulkan yang salah dan jangan biasakan yang salah. Masalah punggung tonggek seperti ini tidak patut dijadikan sebagai simbol kecantikan. Ia boleh memudaratkan ramai wanita dan tanpa sedar ia boleh memberi kesan kepada keyakinan diri.
Selamat beramal!