Ish..teori fesyen apa pula ni? Kena pakai kasut yang salah pula untuk kelihatan lebih berfesyen?
Pasti pertanyaan seperti ini timbul dalam kepala pembaca. Sebenarnya teori pakai salah kasut ini sudah dilakukan oleh kita lama dahulu. Baru sekarang menjadi trend di TikTok sebagai “wrong shoe theory”. Biasalah di TikTok benda yang lama jadi baharu.
Bagi memudahkan pembaca, ingat lagi tak dimana dikalangan anak muda yang memakai baju tradisional seperti baju kurung atau kebaya dengan sneakers. Ya, itu dikira sebagai “wrong shoe theory”.

Memakai kasut yang salah atau tidak sesuai boleh membuatkan kamu terlihat unik dan menarik. Pun begitu ia masih memerlukan keselarian supaya kamu tidak kelihatan pelik pula. Malah, teori ini juga berkait dengan fungsi kasut tersebut untuk jadual atau aktiviti yang kamu lakukan.

Sebagai contoh, memakai sneakers bersama dress labuh. Mungkin kamu memakai dress labuh untuk aktiviti bersiar-siar. Jika biasanya dress digandingan dengan kasut tumit tinggi. Namun kamu memilih sneakers kerana ia lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti bersiar-siar. Nampak tak? Itulah teori salah kasut yang selaras dengan fungsi.

Jadi tidak sesuai kalau kamu memakai sneakers dengan baju kurung untuk acara formal. Mungkin kamu boleh ganti sneakers dengan kasut boots, mary jane atau selain heels bagi mengangkat teori salah kasut.
Jadi apa pendapat kamu tentang teori fesyen kali ini?