Sudah hampir sebulan, kekejaman rejim Zionis dilepas begitu sahaja oleh dunia. DIVA tidak ketinggalan mengikuti perkembangan tekanan yang dihadapi oleh penduduk Gaza, Palestin. Bukan setiap hari tapi setiap minit bandar kecil itu dibedil oleh tentera syaitan.
Sudah pasti tiada apa yang boleh kita lakukan selain menghantar sumbangan dan doa sebagai tanda sokongan. Sudah pelbagai cara penduduk dunia menghantar sokongan solidariti kepada penduduk Gaza. Berhimpun, mendesak gencatan senjata, memboikot barangan yang dikhabarkan mendana tentera Israel dan bermacam lagi.
Perkongsian dari seorang pempengaruh di Instagram, @nabila_khalid85 tentang produk kecantikan dari tanah Palestin telah membuatkan DIVA ingin berkongsi juga dengan pembaca sekalian. Ia sabun dari bahan-bahan semulajadi dan kurang penggunaan bahan kimia. Lebih menarik lagi, ia 100% buatan tangan!
Sabun ini sendiri mempunyai sejarah tradisi lama dalam pembuatan sabun di daerah Nablus. Malah, sabun Nabulsi ini merupakan sabun minyak zaitun asli Palestin dan tertua di dunia. Keaslian sabun ini kerana ia dibuat secara 100% dengan tangan. Diadun, dibentuk secara tradisional.
Kebaikan minyak zaitun sudah kita ketahui, mengandungi kelembapan yang tinggi untuk masalah kulit kering. Bagi yang mempunyai masalah kulit kering juga boleh mencuba sabun Nabulsi Al’Ard ini. Ia boleh digunakan untuk kulit wajah, badan dan mahapun sebagai syampu rambut.

Dari tinjauan DIVA, sabun Nabulsi Al’Ard ini sudah banyak terjual di laman Shopee. Kamu hanya perlu carian sahaja Sabun Nabulsi tapi ketika ini hampir semuanya sold out. Selain itu, terdapat juga jualan di laman-laman sesawang butik kecantikan, seperti dibawah;
Al’Ard Premium Nabulsi Soap Palestine
Bukan sahaja sabun buku, kamu juga boleh mencuba sabun ini dalam bentuk cecair. Dimana bagi DIVA lebih mudah untuk dibawa ketika mengembara.
Al’Ard Premium Nabulsi Liquid Soap Palestine 250ml
-
alamiliving.my [RM35]

Walaupun ia dari sebuku sabun, mungkin ini dapat mengekalkan tradisi rakyat Palestin yang setelah 75 tahun ditindas. Pembelian dan pengunaan sabun ini boleh dijadikan sebagai junjungan kita kepada hak Palestin sebagai manusiawi.
Hampir setiap hari doa dan pengharapan agar kehancuran Gaza diberhentikan. Semoga Palestin menjadi tanah yang merdeka dan segala kejahatan Zionis dihapuskan. Sama-sama kita jangan berhenti berdoa dan kekalkan momentum menghidupkan semangat anti-penjajahan dalam diri kita.