Mungkin ada diantara pembaca DIVA yang ingin produk mekap tempatan dan alternatif untuk harga lebih murah. Silkygirl antara jenama tempatan yang semakin mendapat tempat dihati pengguna. Bukan kerana harga yang jauh lebih murah, kualiti produk setanding dengan jenama high-end.
Malah, Silkygirl juga boleh dikategori sebagai produk untuk beginner terutamanya untuk anak remaja yang mahu mendekati dunia solekan. Terdapat banyak pilihan produk dari Silkygirl yang khususnya untuk solekan wajah, mata dan bibir.

DIVA ingin berkongsi dengan pembaca, lima produk yang dipilih secara peribadi oleh DIVA. Dimana ia kerap kali diguna oleh DIVA dan telah menjadi kegemaran DIVA bertahun-tahun!
#1 SILKYGIRL Moisture Rich Lipcolor [RM26.90]
Jika kamu tidak suka hasil pusam kerana mengeringkan bibir. Pilihan lipstik dari koleksi Moisture Rich Lipcolor boleh dicuba. Ia lembut, warna tahan lama dan melembabkan bibir. Terdapat 10 rona yang sesuai untuk tona kulit gadis Asia. Malah 10 rona ini berani DIVA kata setanding dari pilihan jenama mahal.

#2 SILKYGIRL Lash Prism Waterproof Mascara [RM19.90]
Berkali-kali DIVA jatuh cinta dengan maskara ini. Bagi kamu yang memiliki mata kecil dan bulu mata pendek, Lash Prism Waterproof Mascara memang terbaik. Saiz berus yang sederhana memudahkan untuk memberus bulu mata dari akar hingga hujung. Malah fiber maskara sememangnya kalis air dan mudah dicuci!

#3 SILKYGIRL Long-Wearing Eyeliner [RM21.90]
Buat kamu yang masih gagal untuk hasilkan eyeliner fleek, memadai mencuba dengan produk ini. Ia tidak mudah comot, warna tahan lama dan sesuai untuk menggaris pada bahagian garis bulu mata.

#4 SILKYGIRL No-Sebum Blotting Pact 7g – 01 Natural [RM26.90]
Tak tahu nak hilangkan minyak pada wajah selepas seharian diluar? Kamu boleh guna No-Sebum Blotting Pact yang sangat bagus touch-up bahagian pipi, hidung dan dahi. Tiada lagi masalah kilatan wajah. Paling menarik bedak ini seperti bedak kompak dan tidak mempunyai sebarang warna. Jadi ia mudah dibawa, diguna dan sesuai untuk semua jenis tona kulit.

#5 SILKYGIRL Shine-Free Loose Powder 10g [RM27.90]
Bagi yang mengalami masalah berminyak dan untuk mengekalkan mekap lebih tahan lama. Bedak tabur dari Silkygirl antara paling popular dan menjadi! Ia boleh dijadikan sebagai proses baking, contour dan touch-up juga. Ia cepat merata dibawah kulit, ringan dan tidak menyumbat pori-pori.

Banyak lagi produk Silkygirl untuk dicuba sebenarnya, tapi DIVA memang syorkan lima diatas ini dulu.
Selamar mencuba!