Bergegar media sosial bila gambar wajah aktress sensasi 80-an Pamela Anderson timbul tanpa selacit solekan. Lebih menarik, dia menghadiri beberapa pertunjukan fesyen di Paris. Dimana itulah, saat-saat selebriti untuk melaram seperti tiada hari esok.
Menurut dari Vogue, Pamela Anderson dikatakan hanya memakai minyak rosehip iaitu dari kebun belakang rumahnya! Tambahan lagi, Anderson bukan sengaja untuk tidak memakai mekap. Ternyata dia hanya tiada mood dan sekadar untuk bersahaja.

Keputusan untuk tidak duduk di kerusi solek, ternyata membuatkan nama Pamela Anderson disebut-sebut semula. Bukan kerana jolokan seksi tapi betapa wanita berusia 56 tahun cukup berseri dan terlihat sihat bahagia.
“Once I put clothing on, I thought, ‘I’d rather go for a walk and look at the architecture of Paris than sit in the makeup chair for three hours.”

Pun begitu, Pamela Anderson masih lagi insecure untuk berhadapan dengan paparazzi. Ini kerana fokus kamera digital masa kini lebih tajam dan pantas untuk merakam ketidaksempurnaan pada kulit wajah.

Apa pun keberanian Anderson telah menjadi pujian ramai, terutamanya dari golongan usia yang sama. Ya, siapa sahaja yang berani pamer cela wajah bila mana keadaan kulit bukan lagi seperti anak muda. Pamela Anderson boleh menjadi contoh untuk mereka yang tenggelam dunia ‘topeng sementara’.