Pada awal bulan lalu, DIVA ada kongsikan dengan koleksi musim bunga 2024 Gucci. Dimana kasut dari koleksi Horsebit diberi nafas baru. Kini, beg Horsebit 1955 diperbaharui dengan alternatif kepada ‘vegan leather’. Ia tujuan mulia pengarah kreatif baru Gucci, Sabato De Sarno sebagai mencapai fokus kelestarian alam.
Beg Horsebit 1955 yang cukup ikonik diberi dua pilihan rekaan; versi monogram dan pitch-black. Ia diperbuat nylon kitar semula Econyl dan fiber tumbuhan yang telah diluluskan.

Tahun ini juga DIVA menyaksikan Gucci bekerjasama dengan selebriti besar Hollywood seperti Kendall Jenner dan Bad Bunny. Kini untuk kempen Horsebit baharu, Gucci membawa fantasi Billie Eilish sebagai daya penarik Gen Z untuk jenama dan koleksi ini.
”I am honored to be part of Gucci’s evolution in rethinking tradition. It’s a new understanding, and one that isn’t afraid to evolve in a new direction, that truly matters to me.”
Bagi yang belum mengetahui Gucci kini mengambil langkah memperkenalkan Gucci Demetra. Iaitu produksi khas untuk mengekalkan langkah kelestarian alam pada produk-produk Gucci. Demetra ialah bahan mentah yang berasaskan bio yang diperbuat daripada 100% gandum bebas GMO atau jagung dan viskos serta pulpa kayu dari tumbuhan. Ia dihasilkan melalui proses pengeluaran tanpa sisa.

Pujian harus diberikan kepada Gucci kerana mengambil langkah yang besar bagi mengurangkan kerosakan alam dan terutamanya haiwan. Nampaknya lebih banyak lagi produk fesyen akan diberikan hayat baru dalam fabrik vegan leather.

Timbul pula persoalan, adakah produk fully-leather akan dikira suatu produk langka pada masa akan datang? Siapa tahu..

Apa pun, tahniah DIVA ucapkan pada Billie Eilish menjadi wajah baharu untuk Beg Gucci Horsebit 1955.