Tidak lagi menjadi pakaian asas semata-mata, kini lebih ramai wanita mula ‘cerewet’ dalam memilih pakaian dalam untuk mengekspresikan diri mereka. Ada yang menitik beratkan ciri pakaian dalam dari segi pemilihan material, keselesaan, gaya hingga ke tahap sokongan.
Bagi DIVA sendiri, koleksi Signature Sheer AW23 daripada Triumph menawarkan kepingan pakaian dalam yang mengandungi ciri-ciri tersebut. Malah gabungan bra dan seluar dalam yang diperbuat daripada bahan mesra alam pula memberikan gaya yang elegan, praktikal dan keyakinan pada si pemakai.
Psst…Bukan itu sahaja, koleksi ini turut menampilkan pakaian luar mereka buat pertama kali tau!
Signature Sheer AW23: Siluet menggoda dan selesa dalam satu masa!
Menariknya dalam Signature Sheer AW23 ini, koleksi ini menawarkan rekaan kontemporari yang selesa untuk dijadikan persalinan harian. Diperbuat daripada fabrik yang nipis, si pemakai dapat menojolkan siluet yang menggoda dan menawan sambil memberi sokongan pada badan.
Khasnya untuk Signature Sheer AW23, setiap persalinan direka bentuk dengan corak renda monogram “T” Triumph yang memberikan sentuhan moden berdasarkan trend masa kini.
Koleksi Signature Sheer ini didatangi dengan bra dalam tiga bentuk iaitu:
- Foto – Triumph
- Signature Sheer Wired Padded Bra dibentuk dengan sokongan Wire Light untuk keselesaan maksimum dan rangka sisinya pula mencipta struktur untuk menyerlahkan bentuk badan.
- Signature Sheer Wired Bra dicipta menggunakan fabrik ringan dan lut udara yang dikitar semula bagi melangsingkan bentuk semula jadi payudara.
- Signature Sheer Non-Wired Deep V Bra menampilkan garis leher infiniti yang menyerlahkan potongan sambil mengangkat payudara supaya kelihatan padat secara semula jadi.
Ketiga-tiga bra ini boleh didapati dalam rona Toasted Almond, Decadent Chocolate dan Classic Black.
Untuk seluar dalam pula, Triumph memperkenalkan dua pilihan iaitu Signature Sheer Maxi dan Signature Smooth Hipster yang sepadan dengan rekaan yang menyamarkan garis seluar dalam.
Pakaian luar yang pertama daripada Triumph
Selain daripada pakaian dalam, Triumph turut memperkenalkan pakaian luar yang menyerlahkan lagi keunikan koleksi ini seperti:
-
Signature Sheer Corsage
- Foto – Triumph
Signature Sheer Corsage adalah korset yang direka dengan jahitan rangka yang memberikan siluet badan berbentuk hourglass pada si pamakai. Selain dilengkapkan dengan tali boleh tanggal, korset yang direka tanpa wayar ini turut menawarkan sokongan tambahan dengan pad pelapik.
-
Signature Sheer Top
- Foto – Triumph
Boleh dijadikan sebagai inner atau pakaian luar, Signature Sheer Top diperbuat daripada fabrik nipis dengan corak renda moden yang tidak simetri dengan garis leher yang tinggi dan jalur pergelangan tangan yang berwarna hitam.
Kedua-dua pakaian luar ini didatangi dalam rona Classic Black.
Koleksi Signature Sheer AW23 dijual bermula pada harga RM89.90 di butik dan juga web [TRIUMPH].