Penantian yang telah lama ditunggu berakhir juga, Snow White live-action yang penuh dengan kontroversi sudah menetap tarikh tayangan. Sebelum ini ia dijangka pada 22 Mac 2024. Kini tarikh baru dimaklumkan pada 21 Mac 2025. Lagi dua tahun!
Ini semua kerana membabitkan semula karakter tujuh orang kerdil yang mencetuskan kontroversi. Begitu juga dengan sikap aktres Rachel Zegler yang dianggap angkuh dengan filem terbarunya ini.
Tukar tujuh orang kerdil
Ramai yang terperanjat watak ikonik tujuh orang kerdil dalam Snow White ditukar dengan watak diversity. Ini menyebabkan peminat cerita dogeng klasik mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Malah ada yang berpendapat Disney ingin mencucuk propraganda LGBT atau non-binary dalam cerita fantasi kanak-kanak ini.
Terdapat juga wakil dari para pelakon orang kerdil kecewa dengan pemilihan Disney. Ini kerana watak tujuh orang kerdil itu adalah mewakili diri mereka. Kenapa mahu ditukar?

Akibat desakan dari pelbagai pihak, akhirnya Disney akur untuk mengubah watak tersebut. Jika dilihat gambar rasmi pertama Snow White 2025, tujuh watak itu diubah menjadi animasi.
Tunggu reda kemarahan pada Rachel Zegler
Sebelum isu tujuh orang kerdil. Personaliti dan komen bintang utama filem ini juga telah diselar ramai. Rachel Zegler dikatakan cukup sombong membandingkan Snow White 1937 dan kini. Dia menganggap Snow White tidak lagi perlukan putera untuk menyelamatkan diri dan mampu hidup berdikari serta menjadi Ratu kepada rakyatnya.
Mungkin Rachel bayangkan ramai peminat Snow White akan bersetuju dengannya. Lain pula reaksi yang diterima. Peminat marah kerana Snow White adalah cerita fantasi manis kanak-kanak. Ternyata ramai juga muak dengan konsep filem ‘independent woman’. Tiada salah pun rasa ingin diselamatkan oleh putera raja.

Namun dengan dua situasi ini tidak cukup. Disney baru-baru ini juga telah menerima tamparan hebat oleh dunia dengan serangan kempen boikot. Ini kerana telah diketahui Disney menyumbang dana kepada militan Zionis-Israel. Perkongsian di media sosial menunjukkan ramai yang mula menutup langganan Disney+.
Ditambah pula, Gal Gadot pula sebagai The Evil Queen. Bagi yang belum tahu lagi. Gal Gadot merupakan rakyat Israel dan sangat ‘patriotik’ tentang negaranya.
DIVA nak tanya kepada tanya pembaca. Adakah kamu akan pergi menonton Snow White ini? Atau pass…