Tentang kebersihan diri selepas hubungan seks ramai lagi yang masih belum peka. Terutamanya kepada pasangan yang baharu sahaja berkahwin. Ia kadang menjadi hal remeh kerana atas alasan malu dan tidak sopan bercakap soal seks. Padahal ia boleh memberi lebih banyak ilmu tentang kebersihan diri.
Tips paling penting untuk kamu tahu terutamanya pengantin baru, ialah pastikan kamu kencing setelah selesai bersetubuh. Kamu boleh kencing selepas 30 minit atau ketika mandi. Ia bukanlah wajib, tapi ini merupakan cara terbaik untuk menyingkirkan bakteria dari alat kelamin.

Elak jangkitan saluran kencing
Kencing selepas seks boleh mengurangkan jangkitan bakteria terutamanya bagi kaum wanita. Bahana tidak menjaga kebersihan bahagian vagina kamu boleh menderita kegagalan kencing atau kencing berdarah. Ini kerana bahagian uretra berhampiran dengan saluran kencing.
Jika kamu melakukan seks oral bersama pasangan juga, sebaiknya bersihkan bahagian alat kelamin dan kencing. Pastikan kamu kencing dan cuci menggunakan air bersih. Elakkan lap menggunakan tisu basah atau kain. Berkemungkinan bahagian tidak bersih sepenuhnya.

Faktor ramai mengalami jangkitan kencing kotor ialah dari pengabaian kebersihan selepas seks. Jadi, tips mudah ini adalah salah satu penjagaan mudah untuk mengelakkan masalah kencing kotor.
Tidak semestinya untuk kaum wanita sahaja. Bagi kaum lelaki pula ia dapat membersihkan bahagian penis dari lelehan keputihan vagina dan air mani. Mungkin nampak remeh, namun kita tidak tahu pertumbuhan bakteria dan kuman.

Jadi nasihat DIVA ikutilah tips ini, mudah untuk langkah kebersihan selepas seks. Selamat beramal!