Ya, sekali lagi dan lagi Kylie Jenner bakal melancarkan jenama fesyennya pada 1 November ini. Mungkin ada yang lupa Kylie pernah mengeluarkan fashion line sebelum ini, Kylie + Kendall dan Kylie Swim. Tapi dimana dua jenama itu sekarang? Hilang ghaib dimamah waktu.
Jenama ketiga milik billionare celup ini, Khy buat kemunculan pertama bersama WSJ Magazine. Kylie Jenner juga sebagai wajah muka hadapan dengan full suit corset hitam rekaan Khy. Seperti biasa ini helah biasa untuk selebriti mengumumkan bisnes terbaru mereka.

Dari hantaran Instagram Khy, jenama ini merupakan kolaborasi bersama Namilia. Iaitu sebuah jenama fesyen yang menfokuskan fabrik kulit. Khy juga berjanji untuk memberi tanda harga yang berpatutan. “KHY. creativity, collaboration, and quality at an accessible price.”
Berita jenama Khy tidak mendapat tempat dihati peminat fesyen atau netizen. Sekali lagi, ramai yang berpendapat ini cara lain untuk easy money grab untuk keluarga Kardashian-Jenner. Malah jenama kecantikan Kylie Cosmetics telah dikhabarkan bukan milik sepenuh Kylie Jenner. Kemungkinan wanita ini hanya memberi nama dan wajah kepada jenama tersebut. Senang kata bertindak sebagai duta.

Hentaman dan kritikan terus diberikan pada anak baru kelahiran Kylie Jenner;
Oh honey leather is so out of style
A brand nobody needed
she’s a billionaire. doesn’t she ever get tired of scamming ppl? she already has enough money
Seperti yang kita tahu dan sedia maklum tentang situasi di Gaza. Ramai selebriti dan pempengaruh mula tunjuk belang masing-masing. Kim Kardashian, kakak tiri kepada Kylie Jenner dengan terbuka berpendirian menyokong peranan Israel. Sudah tentu, isu ini membabitkan pada seluruh keluarga ini.

Buat peminat Kardashian-Jenner, tepuk dada dan tanya selera. Perlu lagi ke kita melahirkan jutawan kaya-raya begini?