Jika tanya pada DIVA, pakaian harian yang versatil, selesa dan moden rekaannya, pasti jenama Sacoor Blue jadi pilihan utama. Bukan apa, pakaiannya yang menggabungkan gaya dan potongan terkini membuatkan jenama ini sesuai untuk semua orang tanpa mengira usia serta jantina.
Dan baru-baru ini pula, Sacoor Blue ada melancarkan koleksi terbarunya iaitu Pengembaraan Melalui Inspirasi Zaman Muda. Yang menariknya tentang koleksi ini, setiap kepingan telah dicipta berpandukan semangat dan kreativiti anak muda melalui tiga barisan.
Menerusi ketiga-tiga barisan ini, kamu dapat melihat kepingan yang menampilkan ilustrasi retro, gaya estetik 50-an, jaket yang cool rekaannya hingga ke knitwear yang selesa dipakai dalam cuaca di Malaysia.
#1 Digital Daydream
Untuk barisan yang pertama yang diberi nama Digital Daydream menampilkan rangkaian kemeja-T dan baju panas yang dinamik. Barisan ini menggabungkan ilustrasi retro pertengahan 80-an dan 90-an.
- Foto – Sacoor Blue
Apabila kamu menggayakan barisan ini, ianya seolah membawa kamu melangkah ke dalam kapsul masa, membawa kamu kembali ke era kegemilangan Walkman dan permainan arked.
#2 Lunch Break
Untuk barisan Lunch Break pula, Sacoor Blue membawa kamu kembali ke masa bersama rakan di sekolah dengan pakaian estetika 50-an yang berwarna terang.
- Foto – Sacoor Blue
Lunch Break direka khas untuk mereka yang berjiwa muda yang ingin menggayakan pakaian sukan universiti hingga pakaian sekolah dengan gaya preppy yang menarik.
#3 Homeland
Yang terakhir adalah barisan Homeland yang diinspirasikan oleh pertemuan semula dengan orang tersayang dalam suasana yang damai dan selesa.
- Foto – Sacoor Blue
Barisan ini menampilkan cetakan botani rustic, bunga yang segar dan corak foklor dalam warna ceria. Ia memberi inspirasi kepada gaya hidup nomad, menikmati aktiviti luar dan alam semula jadi.
Koleksi Pengembaraan Melalui Inspirasi Zaman Muda ini boleh didapati di seluruh butik Sacoor Blue. Maklumat lanjut mengenai rekaan terkini, layari web rasmi [SACOOR BLUE].