Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Air Beras Pula Jadi Pilihan Untuk Hasil Kulit Kaca, Kamu Boleh Guna Produk Ini…

by Indah Aziz
October 25, 2023
Foto - InStyle

Foto - InStyle

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Air beras atau rice water bukanlah inovasi terbaharu dalam dunia kecantikan. Ia sudah lama dijadikan sebagai ekstrak atau kaedah bagi menghasilkan kulit yang sihat. Malah, air beras telah digunakan beratus tahun sebagai produk kecantikan di Asia terutamanya di Jepun dan Korea.

Ia mengandungi pelbagai nutrisi yang memberi manfaat untuk mencerahkan kulit, memudarkan tompokan gelap, menganjalkan kulit dan meredakan dari keradangan. Kebiasaannya, air beras digunakan sebagai penyegar (toner) kerana daya penyerapan yang lebih ringan dan baik untuk masalah kulit kering.

Mungkin ada yang ingin buat sendiri air beras, namun ia agak melecehkan dan perlu menjaga kebersihan. Ini kerana kamu memerlukan beras yang segar dan baru supaya air beras tidak mudah rosak. Malah, air beras yang tidak dijaga proses dengan baik boleh didatangi bakteria. Sekaligus menyebabkan jangkitan pada kulit.

Foto – Medical Today News

Menurut DIVA lebih baik kita pilih sahaja produk-produk yang sudah memang terulung dan selamat. Bahkan ia juga diisi dengan pelbagai manfaat lain selain kebaikan air beras;

1. Tatcha The Rice Water Cleanser 120ml [RM190]

Foto – Tatcha

Tatcha antara jenama high-end yang menitikberatkan bahan-bahan semulajadi. Rangkaian Tatcha The Rice Water paling mendapat perhatian dari pengguna negara Barat. Pilihan DIVA ialah pembersih wajah yang mengandungi air beras supaya kulit tidak berasa kering dan mengekalkan kelembapan kulit sedia ada.

2. SK-II Treatment Essence 75ml [RM325]

Foto – Byrdie

Tak perlu DIVA dendangkan lagi tentang produk SK-II ini. Ia antara yang paling dipercayai ramai. Ia merupakan hasil nutrisi peraman air beras yang tinggi antioksida. Ia dapat melawan garis halus, mengembalikan keanjalan kulit dan meratakan kembali tona kulit. Kandungan 90% PITERA™ menghidupkan semula sel-sel yang terbantut untuk hasil kulit kaca.

3. Beauty of Joseon Glow Deep Serum Rice + Alpha-Arbutin 30ml [RM65.90]

Foto – Lazada

Serum yang diilhamkan dari air dedak beras sejak dinasti Joseon lagi. Ia mengandungi vitamin B dan mineral untuk memulihkan kelembapan kulit dan mencerahkan. Menariknya lagi, didalam serum ini ditambah 2% Aplha-Arbutin untuk membaiki pigmentasi kulit akibat sinaran jahat UV.

4. The Face Shop Rice Water Bright Cleansing Cream 200ml [RM39.90]

Pembersih wajah unik dari The Face Shop kaya dengan kebaikan air beras. Ia mampu membersihkan wajah dari kotoran, minyak dan sisa solekan dengan lembut. Bahkan pembersih dari tekstur krim ini tidak mengeringkan kulit, mahal memberi kesan segar dan cerah sekata selepas membersih.

Foto – Korean Trendy Shop

5. Hada Labo Kouji Treatment Essence 110ml [RM120]

Kebaikan dari tapaian beras Jepun yang menghidratkan dan menyerikan kulit wajah. Ia menyerap jauh kedalam kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit tanpa kesan sampingan. Rangkaian Kouji dari Hada Labo ini antara produk eksklusif. Kandungan kebaikan seperti vitamin, ceramide, peptide, mineral dan asid amino menjadikan ia lengkap sebagai produk penjagaan wajah terbaik.

Foto – 2CENTS

DIVA amat syorkan anda mencuba kebaikan produk-produk berasaskan air beras diatas. Ia selamat, mudah digunakan dan beri kesan terbaik pada kulit terutamanya untuk penyelesaian tona kulit tidak sekata.

Selain itu juga, jenama yang DIVA perkenalkan ini juga mempunyai rangkaian lengkap produk dari air beras. Jadi kamu boleh mendapatkan set lengkap dan mengenali lebih mendalam.

Foto – Dermstore

Selamat mencuba!

FILED UNDER air beras untuk kecantikankebaikan air berasmanfaat air berasproduk air beras
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.